Utusan Borneo (Sabah)

Kaji semula ‘pusingan U’ menyebabka­n kesesakan lalu lintas

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri perlu mengkaji semula ‘pusingan U’ di setiap jejambat yang ada di sini bagi melancarka­n lagi lalu lintas.

Ketua Biro Aduan Awam Parti Liberal demokratik (LDP) Eric Lau berkata, terdapat lebih daripada 10 ‘pusingan U’ yang terdapat dari sepanjang jalan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) sehingga Tuaran By Pass.

“Jejambat telah dibina untuk mengurangk­an keadaan kesesakan lalu lintas, bagaimanap­un ‘pusingan U’ sedia ada ini telah mengganggu kelancaran lalu lintas.

“Ia menyebabka­n jejambat tidak berfungi seperti mana yang diharapkan disebabkan wujudnya banyak ‘pusingan U’,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Eric berkata, menteri berkenaan gagal melaksanak­an tugas sebaliknya hanya menghabisk­an masanya berpolitik sahaja.

“Mungkin beliau tidak mengambil berat masalah pengguna jalan raya kerana sentiasa mempunyai pengiring khususnya pihak berkuasa untuk memastikan orang awam memberi laluan kepada kenderaann­ya.

“Dengan impian beliau untuk mewujudkan skytrain di Bandaraya ini mungkin akan memodenkan Kota Kinabalu atau memperkasa­kan imej dia sendiri tetapi kesesakan lalu lintas di sini masih tidak diatasi,” katanya.

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) berjanji mahu membangunk­an ekonomi Sabah tetapi gagal mencapainy­a memandangk­an kemudahan asas di negeri ini seperti bekalan air, elektrik masih menjadi isu.

“Sekiranya menteri berkenaan ikhlas mahu membangunk­an kemudahan jalan raya negeri ini, buktikan dengan tindakan positif, hentikan berpolitik dan mula dengan masalah rakyat,” katanya.

 ?? ?? ERIC
ERIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia