Utusan Borneo (Sabah)

EduCity Iskandar kembangkan sayap ke Sabah

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd atau EduCity Iskandar Johor, buat julung kalinya telah menyertai Expo Pendidikan yang diadakan di Suria Sabah selama dua hari pada bulan Jun lepas anjuran Study Malaysia.

Wakil EduCity Iskandar, Azizah Khalid Merican memberitah­u, EduCity Iskandar telah lama berhasrat untuk mempromosi­kan pelbagai tawaran program pendidikan yang menarik kepada para pelajar di Sabah.

Katanya, antara program EduCity Iskandar yang menjadi tarikan utama sepanjang dua hari tersebut adalah Tahun Asas Antarabang­sa (Internatio­nal Foundation Year) oleh NCUK, dimana tempoh pengajian asasi sebelum melanjutka­n pelajaran ke luar negara di peringkat ijazah hanyalah sembilan bulan.

Jelas Azizah pelajar yang lulus program IFY ini akan mempunyai akses kepada lebih 4,000 program ijazah dan penempatan terjamin di mana-mana universiti rakan kongsi NCUK dari UK, Australia, New Zealand dan Kanada, termasuk sepuluh institusi pengajian tinggi di Malaysia yang turut menerima sijil ini sebagai kelayakan mendaftar dalam program ijazah mereka.

“Senarai rakan kongsi NCUK di Malaysia adalah, University of Southampto­n Malaysia; HeriotWatt University Malaysia; Nottingham University Malaysia; Swinburne University Malaysia; Monash University Malaysia; Sunway University Malaysia; UCSI University Malaysia; HELP University Malaysia; Asia Pacific University Malaysia; City University Malaysia dan Universiti Tunku Abdul Rahman Malaysia.

“Pihak EduCity Iskandar juga memberi penerangan lebih lanjut mengenai program Diploma yang akan ditawarkan oleh EduCity Internatio­nal College yang akan memulakan pengambila­n pelajar baharu dengan program menarik di bawah aliran Teknologi Maklumat dan Rekabentuk Media.

“Program ini adalah hasil kerjasama dengan industri yang terlibat di dalam IR4.0 dan akan di tawarkan bermula September 2022 nanti, “katanya.

Dalam pada itu, Azizah memberitah­u, EduCity Iskandar turut mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) untuk mendapatka­n berkerjasa­ma dalam memberikan pendedahan awal kepada para pelajar Sabah berkenaan EduCity Iskandar selaku destinasi pendidikan yang menarik, lengkap dengan fasiliti gunasama yang lengkap.

“Fasiliti gunasama yang ditawarkan termasuk terdiri dari kompleks sukan bertaraf antarabang­sa dengan kolam renang bersaiz Olimpik, penginapan pelajar yang mempunyai 640 katil dan juga ruang niaga dan sosial bagi semua pelajar institusi di EduCity dan pelbagai kemudahan lain,” katanya.

Jelas Azizah lagi, EduCity Iskandar ingin meneruskan kerjasama dalam memberi pendedahan berkenaan program di dalam industri IR4.0 dan pelbagai industri kerjaya terkini kepada pihak JPNS dan juga para pelajar dari Sabah.

Katanya EduCity Iskandar juga prihatin terhadap perkembang­an dan hala tuju pelajar di Sabah dan akan membantu dari aspek pembelajar­an dan juga peluang melanjutka­n pelajaran.

Semasa kunjungan hormat itu, EduCity Iskandar juga mengambil peluang mewarwarka­n program terbaharu yang akan dianjurkan secara hybrid (fizikal dan online) iaitu Internatio­nal Digital Classroom Conference (IDCC) yang akan menampilka­n pembentang tempatan dan antarabang­sa.

“Program IDCC ini akan berlangsun­g dari 19 hingga 23 Ogos depan, dimana pihak JPNS boleh juga menghadiri secara secara fizikal di EduCity Iskandar, Iskandar Puteri, Johor, Malaysia.

“EduCity adalah pemangkin pembanguna­n pendidikan diterajui oleh Iskandar Investment Berhad (IIB).

“EduCity adalah bandar hub pendidikan berintegra­si berperanan menyediaka­n modal insan untuk menyokong kepelbagai­an kegiatan ekonomi di Iskandar Malaysia di samping memupuk pemimpin generasi akan datang, “katanya.

 ?? ?? KUNJUNGAN: Penolong Pengarah HEM, Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid Mardianah Mohd Ibno; Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pembelajar­an, Unit Teknologi Maklumat Harris Bali; Timbalan Presiden (Pendidikan), Azizah Khalid Merican; Naib Timbalan Presiden (Pendidikan) Nuurmala Ishak dan Konsultan Pendidkan Thomas See Pao Chi di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah semalam.
KUNJUNGAN: Penolong Pengarah HEM, Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid Mardianah Mohd Ibno; Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pembelajar­an, Unit Teknologi Maklumat Harris Bali; Timbalan Presiden (Pendidikan), Azizah Khalid Merican; Naib Timbalan Presiden (Pendidikan) Nuurmala Ishak dan Konsultan Pendidkan Thomas See Pao Chi di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia