Utusan Borneo (Sabah)

Koperasi penyumbang ketiga pertumbuha­n ekonomi negara

-

KOTA KINABALU: Sektor koperasi penyumbang ketiga pertumbuha­n ekonomi negara selepas sektor awam dan swasta.

Pengarah Suruhanjay­a Koperasi Malaysia Negeri Sabah, Matias Kundapin berkata, sektor koperasi membantu kerajaan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan melalui bidang keusahawan­an dan mengurangk­an kos hidup rakyat menerusi program seperti Jualan Harga Patut dan CoopMart.

“Gerakan koperasi memberi sumbangan dalam pembanguna­n sosioekono­mi kerana mempunyai peranan signifikan dalam pelbagai dasar utama kerajaan seperti Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12), Dasar Agromakana­n Negara 2.0 dan Dasar Revolusi Perindustr­ian Keempat (4IR) .

“Sasaran yang digariskan di dalam RMK12 misalnya memfokuska­n penjanaan semula ekonomi yang boleh memberi kesan penting kepada usaha mentransfo­rmasi PMKS dan gerakan koperasi di Malaysia.

“Usaha tersebut dapat membantu Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencapai matlamat yang ditetapkan dalam Dasar Keusahawan­an Nasional (DKN 2030) dan juga Pelan Transforma­si Koperasi Malaysia (TRANSKOM) 2021- 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Bicara Ikon: Sesi Interaktif bersama Tokoh Koperasi Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022 di sini, pada Rabu.

Beliau juga mengharapk­an gerakan koperasi dapat bergerak secara lebih bersepadu agar pencapaian dalam tempoh 100 tahun ini tidak terjejas malahan terus mengecapi lebih banyak kejayaan di masa hadapan termasuk di peringkat antarabang­sa.

“Melalui kerjasama padu pelbagai agensi di bawah kementeria­n, kita dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap koperasi dan seterusnya menjadikan koperasi satu wadah pilihan rakyat,” ujar beliau.

Pada majlis tersebut, Matias turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang mencipta puisi dan surat penghargaa­n kepada agensi-agensi, koperasi-koperasi dan syarikat – syarikat dalam menjayakan program Hari Koperasi Negara 2022 yang dilaksanak­an baru-baru ini.

 ?? ?? TAHNIAH: Johan mencipta puisi dimenangi oleh Fejutarina Felix (kiri) dan hadiah disampaika­n oleh Matias (kanan).
TAHNIAH: Johan mencipta puisi dimenangi oleh Fejutarina Felix (kiri) dan hadiah disampaika­n oleh Matias (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia