Utusan Borneo (Sabah)

Warga Ranau diajak budayakan ‘kita jaga kita, jaga keluarga, dan jaga komuniti’

-

RANAU: Warga daerah ini diajak supaya terus membudayak­an ungkapan ‘kita jaga kita, jaga keluarga, dan jaga komuniti’ kerana ianya masih relevan diamalkan semua lapisan masyarakat meskipun catatan jumlah jangkitan COVID-19 di daerah ini menunjukka­n penurunan sehingga tahap sifar.

Keadaan ini mampu dikekalkan hanya dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan agar pencapaian sifar bagi kes jangkitan COVID-19 dapat dicapai.

Ramai penduduk yang ditemui menarik nafas lega dengan keadaan di Ranau ketika ini iaitu tiada lagi kes baharu dicatatkan.

Kartini Junias, 23, dari Kampung Purak Kogis Ranau yang sependapat dengan Ruhzaihah Hurbet Peter dari Kampung Bahab Ranau berkata keadaan ini harus dikekalkan menerusi pematuhan SOP seperti pemakaian pelitup muka dan mengamalka­n penjarakan fizikal yang mana tindakan ini adalah paling mudah untuk semua orang.

Seorang lagi penduduk dari Kampung Nabutan Ranau, Daimy Bantus, 67, turut berpendapa­t tindakan mudah mematuhi SOP mampu mencegah serta mengekang penularan jangkitan COVID19.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar (JKDB) Pekan Ranau, Tan Eng Sing pula menggesa agar masyarakat harus peka serta mengamalka­ndisiplind­iriyang tinggi bukan sahaja mematuhi SOP untuk mengekang jangkitan COVID-19, tetapi juga perlu membudayak­an semangat cintakan kebersihan kawasan.

Katanya, ianya bagi mengelakka­n sebarang penyakit berjangkit yang disebabkan keadaan persekitar­an yang kotor.

“Menjaga kebersihan adalah tanggungja­wab semua pihak dan bukan menuding jari kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Majlis Daerah Ranau (MDR) semata-mata,” katanya.

Pendapatny­a itu turut dipersetuj­ui seoarang ahli perniagaan di pekan Ranau yang hnya mahu dikenali sebagai Kulina.

 ?? ?? RUHZAIHAH
RUHZAIHAH
 ?? ?? KARTINI
KARTINI
 ?? ?? DAIMY
DAIMY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia