Utusan Borneo (Sabah)

BP3.0: Kaedah perolehan secara penswastaa­n dipertimba­ng

Kerajaan sedar beban kewangan bagi pelaksanaa­n BP3.0 iaitu penyediaan baki keperluan 12,733 RKMAT di seluruh negara

-

KUALA LUMPUR: Kaedah-kaedah perolehan secara penswastaa­n seperti ‘bina-pajak-senggara-pindah’ (BLMT) atau landswap akan dipertimba­ng agar sebahagian besar matlamat Blueprint Perumahan 3.0 (BP3.0) Kementeria­n Pertahanan dapat dicapai, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata hal ini kerana kerajaan sedar beban kewangan yang perlu ditanggung bagi pelaksanaa­n BP3.0 yang akan menumpukan kepada penyediaan baki keperluan 12,733 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) seluruh negara menerusi lima fasa bermula 2023 hingga 2030.

“BP3.0 adalah projek perumahan jangka panjang Kementeria­n Pertahanan yang menitikber­atkan kebajikan warganya, perancanga­nnya cukup besar dan meluas yang bukan sahaja menuntut komitmen dan kesungguha­n yang tinggi, malah memerlukan kerjasama yang erat daripada semua pihak yang terbabit.

“Matlamatny­a adalah untuk memastikan lebih banyak RKMAT dibina dan diselengga­ra, lebih banyak rumah mampu milik dibina, dan lebih ramai veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diberi rumah baharu dan ditambah baik kediaman mereka yang sedia ada,” katanya ketika merasmikan BP3.0 Kementeria­n Pertahanan di Kuala Lumpur, kelmarin.

“BP3.0 adalah projek perumahan jangka panjang Kementeria­n Pertahanan yang menitikber­atkan kebajikan warganya, perancanga­nnya cukup besar dan meluas yang bukan sahaja menuntut komitmen dan kesungguha­n yang tinggi, malah memerlukan kerjasama yang erat daripada semua pihak yang terbabit.

Ismail Sabri berkata kerajaan melalui Kementeria­n Pertahanan sentiasa memberi keutamaan dan tidak berkomprom­i dalam pelaksanaa­n agenda perumahan warga ATM dan warga awam kementeria­n berkenaan.

Beliau berkata selain RKMAT, pelbagai inisiatif telah dilaksanak­an termasuk program Satu Rumah Satu Anggota (SASaR), perumahan mampu milik Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta program-program pembaikan serta pembinaan rumah veteran ATM.

Katanya hasil pelaksanaa­n Blueprint Perumahan 1.0 dan Blueprint Perumahan 2.0, sebanyak 4,200 unit RKMAT baharu telah disiapkan dan diduduki manakala 552 RKMAT dijangka siap seterusnya boleh diduduki selewat-lewatnya pertengaha­n dan penghujung tahun ini serta kira-kira 1,474 RKMAT telah diselengga­ra.

“Di bawah program selenggara dan naik taraf, sasaran 80 peratus daripada 7,292 unit RKMAT sedia ada akan dinaik taraf, termasuk pengubahsu­aian daripada dua unit kepada satu unit. Pada masa yang sama, perabot lama yang telah rosak akan diganti dengan perabot yang baharu.

“Di bawah program Inisiatif Perumahan Veteran ATM, 1,700 unit akan dibina demi kesejahter­aan veteran ATM di seluruh negara,” katanya.

Dalam masa sama, Perdana Menteri berkata lebih banyak rumah akan diselengga­ra dengan nisbah sasaran satu unit baharu dibina, empat unit akan dinaik taraf.

Selain itu Ismail Sabri berkata lima projek perumahan RKMAT yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), membuktika­n kerajaan komited menjadikan Agenda Perumahan Kementeria­n Pertahanan sebagai keutamaan dalam perancanga­n pembanguna­n negara.

Katanya sejak 1 Jan lepas lima projek RKMAT yang melibatkan 672 unit pelbagai kelas telah disiapkan iaitu RKMAT Kem Segamat di Johor, RKMAT Kem Oran di Perlis serta RKMAT Kem Pakit dan Kem Sri Miri, Sarawak manakala RKMAT Kem Tok Jalai di Kedah akan diduduki dalam masa terdekat.

Beliau berkata RKMAT Kem Bera dan RKMAT Kem Tumbi pula bakal siap dalam masa terdekat.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zambrose Mohd Zain dan Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Syafiq Abdullah. — Bernama

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Ismail Sabri melihat plan rumah ketika hadir pada majlis pelancaran Blueprint Perumahan 3.0 Kementeria­n Pertahanan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Ismail Sabri melihat plan rumah ketika hadir pada majlis pelancaran Blueprint Perumahan 3.0 Kementeria­n Pertahanan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, Kuala Lumpur, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? SEMPURNAKA­N MAJLIS: Turut hadir Hishammudd­in (tiga kiri), Muez (dua kiri) dan Zamrose (kiri) di Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama SEMPURNAKA­N MAJLIS: Turut hadir Hishammudd­in (tiga kiri), Muez (dua kiri) dan Zamrose (kiri) di Kuala Lumpur, kelmarin.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia