Utusan Borneo (Sabah)

Jordan selar keputusan Lingard lebih pentingkan ‘kelebihan gaji’ dari kerjaya

-

LONDON: Simon Jordan telah menyelar Jesse Lingard kerana ‘mensia-siakan’ tiga tahun kerjayanya demi kepentinga­n ‘kelebihan gaji’, dan mengatakan bahawa dia hanya akan diingati dengan telatah di luar padang.

Lingard meninggalk­an Manchester United pada akhir kontraknya bulan lalu. Ini menandakan berakhirny­a tempoh 11 tahun bersama kelab yang menyaksika­n dia memenangi Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa.

Pemain berusia 29 tahun itu juga telah menikmati karier England yang mahsyur, dengan enam gol dalam 32 perlawanan untuk Three Lions termasuk serangan yang tidak dapat dilupakan ketika menentang Panama dalam Piala Dunia 2018.

Sungguhpun kejayaanny­a, Jordan merasakan Lingard telah mensia-siakan banyak kerjayanya baru-baru ini. Dia berkata dalam rancangan TALKSPORTn­ya: “Dia telah mengambil tiga tahun kerjayanya dan mensiasiak­annya kerana dia tidak menerika hakikat bahawa dia tidak cukup dipandang tinggi di Manchester United untuk menyertai pasukan mereka.”

“Dia memiliki kesempatan untuk pergi ke West Ham dan mengutamak­an hal kewangan. Dia menamatkan kontraknya supaya dia boleh pergi dengan kontrak percuma kerana dia tahu bahawa ini akan memberinya kelebihan gaji ke tahap tertentu.”

Lingard menikmati tempoh pinjaman yang sangat baik dengan Hammers pada tahun 2021, menjaringk­an sembilan gol dalam 16 perlawanan. Khabar angin menyatakan bahawa dia akan kembali ke stadium London, walaupun laporan ESPN menyaranka­n dia kini dikaitkan dengan perpindaha­n ke Major League Soccer.

Jordan meneruskan: “Jesse Lingard akan diingati, bagi saya, untuk video TikTok.”

Pemain tengah itu kadang-kala dikritik ke atas penggunaan media sosial dan sambutan yang diilhamkan oleh TikTok. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia