Utusan Borneo (Sabah)

Peminat Liverpool desak kerajaan Perancis mohon maaf

Tuduhan ke atas penyokong The Reds cetuskan kekecohan pada final Liga Juara-Juara di Stade de France adalah bohong

-

“Kami mahukan permohonan maaf sepenuhnya daripada Kerajaan Perancis dengan penarikan balik sepenuhnya pembohonga­n yang diujar dari pihak mereka pada dan sejak 28 Mei 2022, dan kami akan terus mendesak untuk ” mencapainy­a.

Kenyataan Spirit of Shankly

LIVERPOOL: Wakil kumpulan peminat Liverpool telah mengarahka­n ‘permohonan maaf sepenuhnya daripada Kerajaan Perancis’ selepas siasatan senat Perancis mendapati kegagalan organisasi harus dipersalah­kan atas kekacauan yang menyelubun­gi final Liga JuaraJuara.

Perlawanan pada 28 Mei ditangguhk­an selepas penyokong bergelut untuk melepasi kesesakan di pintu pasuk dan dihalau dengan gas pemedih mata yang digunakan oleh polis Perancis.

Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin telah menuding jari menyalahka­n peminat Liverpool, mendakwa bahawa sekitar 40,000 daripada mereka datang ke stadium sama ada tanpa tiket atau yang palsu.

Walau bagaimanap­un, misi mencari fakta yang diketuai oleh dua senator sebaliknya mendapati masalah itu disebabkan oleh ‘rentetan disfungsi’ termasuk kekurangan persediaan oleh pihak berkuasa Perancis dan pengaturan keselamata­n yang dilaksanak­an dengan buruk.

Bagi kebanyakan peminat Liverpool, adegan di Paris mengingatk­an bencana Hillsborou­gh apabila 97 peminat terbunuh akibat penindihan menjelang separuh akhir Piala FA mereka pada tahun 1989.

Kumpulan penyokong Liverpool, Spirit of Shankly, mengucapka­n terima kasih kepada Senat Perancis atas penemuan mereka, tetapi berkata ia akan terus mendesak permohonan maaf penuh kerajaan dan siasatan parlimen.

“Masih ada isu pembohonga­n yang berulang berterusan,” kata Spirit of Shankly dalam satu kenyataan.

“Kami mahukan permohonan maaf sepenuhnya daripada Kerajaan Perancis dengan penarikan balik sepenuhnya pembohonga­n yang diujar dari pihak mereka pada dan sejak 28 Mei 2022, dan kami akan terus mendesak untuk mencapainy­a.

“Kami juga percaya hanya siasatan penuh Parlimen Perancis, dengan saksi memberi keterangan di bawah sumpah, akan membawa kebenaran dan keadilan dan sekali lagi akan terus mendesak untuk mencapainy­a.”

Awal minggu ini, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata, pengajaran perlu diambil daripada kemelut di luar Stade de France menjelang perlawanan akhir utama yang akan datang.

“Semua orang perlu tahu mengenainy­a, bukan kerana ia akan mengubah apa-apa dalam perlawanan lepas, kerena ia perlu diubah untuk perlawanan seterusnya, acara besar, di mana sahaja ia akan diadakan kerana penyokong perlu dilindungi,” kata jurulatih Jerman itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SESAK: Gambar fail 28 Mei 2022 ini menunjukka­n peminat Liverpool berasak di luar stadium untuk menyaksika­n perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Stade de France, utara Paris.
— Gambar AFP SESAK: Gambar fail 28 Mei 2022 ini menunjukka­n peminat Liverpool berasak di luar stadium untuk menyaksika­n perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Stade de France, utara Paris.
 ?? — Oleh Kenneddy Corlleus — Oleh Kenneddy Corlleus ?? SUMBANGAN: Penyelia Kemajuan Masyarakat UPPM Liawan, Heldahwati Juhasin mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman menyampaik­an sumbangan dana kewangan kepada pengurusan Pendidikan Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau bagi menyokong penyertaan 14 orang peserta ke Kejohanan Sukan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022 di Kompleks Sukan Likas. Penolong Pegawai Unit Pendidikan Khas PPD Keningau, Alice Benedict (kiri) menerima sumbangan itu.
TANDA SOKONGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Liawan Datuk Annuar Ayub Aman berbesar hati menyokong penyertaan enam wakil gusti lengan mewakili Keningau ke pertanding­an di Wilayah Persekutua­n Labuan dengan menyampaik­an sumbangan dana kewangan kepada mereka. Pemaju Masyarakat UnitPemimp­inPembangu­nan Masyarakat (UPPM) Liawan, Hairul Ahmad Syam (kanan) yang mewakili Annuar menyerahka­n sumbangan itu kepada Ketua Pasukan Affendy Mathius di Pejabat UPPM Liawan.
— Oleh Kenneddy Corlleus — Oleh Kenneddy Corlleus SUMBANGAN: Penyelia Kemajuan Masyarakat UPPM Liawan, Heldahwati Juhasin mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman menyampaik­an sumbangan dana kewangan kepada pengurusan Pendidikan Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau bagi menyokong penyertaan 14 orang peserta ke Kejohanan Sukan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah Tahun 2022 di Kompleks Sukan Likas. Penolong Pegawai Unit Pendidikan Khas PPD Keningau, Alice Benedict (kiri) menerima sumbangan itu. TANDA SOKONGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Liawan Datuk Annuar Ayub Aman berbesar hati menyokong penyertaan enam wakil gusti lengan mewakili Keningau ke pertanding­an di Wilayah Persekutua­n Labuan dengan menyampaik­an sumbangan dana kewangan kepada mereka. Pemaju Masyarakat UnitPemimp­inPembangu­nan Masyarakat (UPPM) Liawan, Hairul Ahmad Syam (kanan) yang mewakili Annuar menyerahka­n sumbangan itu kepada Ketua Pasukan Affendy Mathius di Pejabat UPPM Liawan.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia