Utusan Borneo (Sabah)

Sukan instrumen bentuk ‘Keluarga Malaysia’

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Penganjura­n kegiatan sukan di peringkat sekolah diyakini dapat membentuk sebuah ‘Keluarga Malaysia’ yang harmoni dan bersatu padu, kata Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik.

Jelas beliau, ini kerana sukan bukan sahaja dapat memupuk semangat perpaduan bahkan diyakini mampu menyemarak­kan semangat patriotik dalam kalangan peserta.

“Sukan adalah sebahagian daripada agenda nasional yang mampu menyemarak­kan semangat patriotik dan pada masa sama memupuk semangat perpaduan.

“Sukan juga mampu menjadi wadah penting dalam usaha kita untuk membentuk sebuah ‘Keluarga Malaysia’ yang harmoni dan bersatu padu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan perasmian pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon Bingkor Tahun 2022/2023 di Kompleks Sukan Keningau, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor turut merakamkan penghargaa­n kepada para guru yang terlibat atas kesungguha­n mereka dalam memberikan latihan serta pendedahan kepada peserta yang menyertai kejohanan tersebut.

Beliau yakin para guru telah mengorbank­an bukan sahaja tenaga dan wang ringgit tetapi juga sebahagian masa mereka dalam memastikan kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.

“Saya dapat merasakan kesungguha­n semua sekolah di Zon Bingkor telah melakukan segalanya bagi menjayakan kejohanan olahraga ini.

Tahniah kepada semua atas komitmen padu terhadap kejohanan ini.

“Akhir sekali, marilah kita amalkan sukan selalu demi untuk kesihatan. Semoga sukan memberi manfaat bukan sahaja dalam aspek kecerdasan, tetapi juga perkara-perkara lain seperti perpaduan, kesejahter­aan dan keharmonia­n, “katanya.

 ?? ?? RASMI: Robert (berdiri atas platform) menyaksika­n salah satu acara sejurus merasmikan­nya.
RASMI: Robert (berdiri atas platform) menyaksika­n salah satu acara sejurus merasmikan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia