Utusan Borneo (Sabah)

SMK Rancha-Rancha rangkul Naib Johan

Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2021

-

LABUAN: SMK RanchaRanc­ha merangkul Naib Johan Pertanding­an Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2021 sempena Majlis Digital Utilisatio­n and Technology Awards 2021 (DUTA) yang diadakan di Bukit Kiara pada 7 Julai lalu.

Kejayaan itu telah mencipta sejarah untuk Jabatan Pendidikan Labuan dan turut mengharumk­an nama Wilayah Persekutua­n Labuan.

Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin menyampaik­an hadiah naib johan berupa wang tunai sebanyak RM3,500 dan trofi kepada Pengetua SMK RanchaRanc­ha, Ustaz Wan Azman Wan Awang dan Guru Perpustaka­an dan Media SMK Rancha-Rancha, Cikgu Sapri Idris.

Sebelum diumumkan masuk 5 Terbaik dalam pertanding­an Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2021, Pusat Sumber DSDN SMK Rancha-Rancha telah dinilai bersama 13 buah wakil negeri dan 3 wilayah seluruh Malaysia oleh panel hakim.

Penilaian kedua berlangsun­g pada 10 November 2021.

Guru Perpustaka­an dan Media SMK Rancha-Rancha, selaku perancang utama misi kejayaan PSS DSDN SMK Rancha-Rancha, Sapri Idris berkata beliau amat bersyukur atas kejayaan pada kali ini.

“Alhamdulil­lah, semoga kejayaan yang dicapai akan menguatkan semangat saya untuk terus memberikan khidmat yang terbaik kepada pelajar di SMK Rancha-Rancha.

“Saya juga berharap kejayaan ini akan dapat dijadikan motivasi dan inspirasi kepada GPM di W.P Labuan yang memiliki semangat untuk memajukan diri dan membangun kapasiti intelek mereka melalui kerjaya sebagai guru perpustaka­an dan media.

“Terima kasih buat keluarga, Penaung PSS, Datin Sri Dato’ Hajah Norsiah Abdullah, Mantan Pengetua Haji Omar Baki Matusin, Yahya Ahmad Puteh, Pengetua sekolah Ustaz Wan Azman Wan Awang dan rakan sejawat yang selama ini banyak menyokong dan membantu saya,”katanya.

Sapri tidak lupa merakamkan ucapan penghargaa­n kepada semua pengawas PSS yang menjadi tulang belakang selama ini yang banyak banyak membantu beliau merealisas­ikan kejayaan SMK Rancha-Rancha.

“Semoga Allah SWT membalas jasa baik kalian dengan ganjaran kebaikan, insya-Allah,” katanya.

Anugerah Pusat Sumber Sekolah ini merupakan pengiktira­fan dan penghargaa­n khususnya kepada Guru Perpustaka­an dan Media atas kecemerlan­gan melaksanak­an pengurusan PSS dengan memberi penekanan kepada pendidikan digital.

Pemberian pengiktira­fan dalam bentuk anugerah kecemerlan­gan ini merupakan satu manifestas­i keprihatin­an KPM dan kerajaan dalam menyokong kualiti pengajaran dan pembelajar­an, kemenjadia­n guru serta murid, pembanguna­n bakat dan modal insan serta memupuk budaya inovasi yang berterusan.

Pengetua SMK RanchaRanc­ha, Ustaz Wan Azman Wan Awang berkata pembanguna­n bakat dan modal insan dalam ekonomi digital memerlukan persiapan generasi murid kalis masa hadapan yang fasih digital dan berupaya menghadapi apa jua cabaran di era teknologi disruptif.

Penganuger­ahan DUTA 2021 dianjurkan oleh Bahagian

Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

Ia merupakan pengiktira­fan kepada warga pendidikan yang telah menunjukka­n komitmen dan kesungguha­n dalam menjayakan inovasi pendidikan digital.

Sementara itu, johan dimenangi SMK Agama Miri Sarawak, naib johan SMK Rancha-Rancha, ketiga SMK Batu Rakit Terengganu, keempat SMK Tawau Sabah dan kelima SMK Tunku Mahmood Iskandar Johor.

 ?? ?? TAHNIAH: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Naib Johan kepada Pengetua SMK Rancha-Rancha, Wan Azman bersama GPM Cikgu Sapri (dua kanan).
TAHNIAH: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Naib Johan kepada Pengetua SMK Rancha-Rancha, Wan Azman bersama GPM Cikgu Sapri (dua kanan).
 ?? ?? BANGGA: Pengetua SMK Rancha-Rancha, Wan Azman (kiri) dan Sapri (empat kanan) bersama mantan Pengarah JPN Labuan, Raisin Saidin (tiga kiri) dan Ketua Penolong Pengarah SSTP Labuan, Awang Marten Datuk Haji Abdul Rahman (dua kiri) serta Pengawai SSTP Labuan.
BANGGA: Pengetua SMK Rancha-Rancha, Wan Azman (kiri) dan Sapri (empat kanan) bersama mantan Pengarah JPN Labuan, Raisin Saidin (tiga kiri) dan Ketua Penolong Pengarah SSTP Labuan, Awang Marten Datuk Haji Abdul Rahman (dua kiri) serta Pengawai SSTP Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia