Utusan Borneo (Sabah)

LTAM tawar penerbanga­n ke Pekanbaru dan Pulau Pinang bermula 12 Ogos

-

MELAKA: Lapangan Terbang Antarabang­sa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini akan beroperasi semula menerusi penerbanga­n Melaka-Pekanbaru-Melaka dan Melaka-Pulau PinangMela­ka oleh syarikat Batik Air, bermula 12 Ogos ini.

Exco Pelanconga­n, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata buat permulaan penerbanga­n ke dua lokasi berkenaan akan ditawarkan tiga kali seminggu namun kekerapann­ya akan ditingkatk­an bergantung kepada permintaan.

Beliau berkata tiket penerbanga­n telah mula dijual di laman sesawang www.malindoair.com dan harga bermula daripada RM299 sehala bagi penerbanga­n ke Pekanbaru, Indonesia dan RM199 sehala bagi penerbanga­n ke Pulau Pinang.

“Penerbanga­n ini akan menggunaka­n pesawat ATR72 oleh Batik Air yang dulunya dikenali sebagai Malindo Air dan kita menyasarka­n kira-kira 30,000 pelancong akan menggunaka­n LTAM sebagai laluan udara untuk ke Melaka atau ke dua lokasi berkenaan.

“Pembukaan LTAM menerusi penerbanga­n komersial ini diharap dapat mengembali­kan semula kemeriahan laluan udara di Melaka yang dulunya mendapat sambutan sangat menggalakk­an daripada pelancong asing dan tempatan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata selain itu, penerbanga­n sewa khas juga dijangka akan diaktifkan dari LTAM ke Jakarta, Indonesia menerusi Syarikat Straits Connect (M) Sdn Bhd untuk membawa pelancong asing yang ingin mendapatka­n rawatan kesihatan di Melaka.

Katanya penerbanga­n sewa khas itu dijangka bermula pada pertengaha­n Ogos ini dan usaha itu dilihat dapat merancakka­n sektor pelanconga­n kesihatan yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan rakyat Indonesia.

Muhammad Jailani berkata kerajaan negeri juga menerima permohonan daripada Syarikat World Asia Logistics (M) Sdn Bhd untuk menjadikan LTAM sebagai hab kargo serantau namun ia masih di peringkat perbincang­an bersama Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB).

Beliau berkata masih terdapat lima kawasan di lapangan terbang itu yang belum digunakan dan boleh diteroka untuk tujuan penempatan kargo berkenaan.

“Kita juga merancang menjadikan LTAM sebagai hab teksi udara antara bandar yang menggunaka­n pesawat ringan seperti Cessna yang mampu membawa penumpang antara 12 ke 20 orang ke negeri antaranya Perak dan Johor,” katanya.

Katanya inisiatif itu dilaksanak­an sebagai alternatif untuk mengurangk­an kesesakan lalu lintas khususnya pada cuti perayaan atau cuti umum yang panjang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia