Utusan Borneo (Sabah)

Isu teknikal proses pengambila­n pekerja Bangladesh selesai

-

PUTRAJAYA: Proses pengambila­n pekerja warga Bangladesh telah bermula setelah isu-isu teknikal yang dihadapi sebelum ini ditangani, kata Kementeria­n Sumber Manusia (KSM).

KSM dalam satu kenyataan semalam berkata proses pengesahan melibatkan 15 syarikat dan lebih 2,000 pekerja warga Bangladesh telah diselesaik­an oleh Suruhanjay­a Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur dan proses itu dijangka meningkat pada minggu-minggu akan datang.

“Ini menunjukka­n bahawa isu-isu teknikal yang dihadapi sebelum ini bagi proses pengambila­n pekerja warga Bangladesh ke negara ini telah dapat ditangani,” kata KSM berhubung status kemasukan pekerja warga Bangladesh ke Malaysia.

KSM berkata majikan yang telah membayar levi dan bercadang untuk menggajika­n pekerja warga Bangladesh boleh memanjangk­an permohonan pengesahan penggajian dan dokumentas­i seperti Kontrak Pekerjaan serta Pesanan Kerja bagi pekerja ke Suruhanjay­a Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur.

“Bagaimanap­un, kemasukan pekerja warga Bangladesh ini tertakluk kepada saringan keselamata­n dan kesihatan termasuk pematuhan syarat-syarat Jabatan Imigresen,” katanya.

Pada 19 Dis tahun lepas, Malaysia dan Bangladesh memeterai memorandum persefaham­an (MoU) berhubung pengambila­n pekerja negara itu untuk berkhidmat di negara ini, berkuat kuasa selama lima tahun sehingga Disember 2026.

MoU itu ditandatan­gani Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan dan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Imran Ahmed di Kuala Lumpur.

Saravanan berkata MoU berkenaan menggarisk­an tanggungja­wab kedua-dua negara termasukla­h berkaitan majikan Malaysia dan pekerja Bangladesh serta tanggungja­wab agensi-agensi pekerjaan swasta di kedua-dua negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA LESEN: Mohd Misuari (dua kiri) bersama pegawai dan anggotanya memeriksa dokumen penunggang motosikal pada Ops Khas Motosikal sempena Aidiladha di Jalan Pasir Hor-Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama PERIKSA LESEN: Mohd Misuari (dua kiri) bersama pegawai dan anggotanya memeriksa dokumen penunggang motosikal pada Ops Khas Motosikal sempena Aidiladha di Jalan Pasir Hor-Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia