Utusan Borneo (Sabah)

Perbanyakk­an filem martabatka­n sejarah Sabah

Filem genre sedemikian turut memupuk semangat nasionalis­me dalam kalangan generasi muda

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Penerbitan filem berkaitan sejarah Sabah, pembentuka­n Malaysia dan kenegaraan mampu mengangkat dan memartabat­kan sejarah negeri dan negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengalu-alukan penerbitan lebih banyak filem berkaitan sejarah negeri Sabah dan pembentuka­n Malaysia.

Katanya, penerbitan filem seperti ‘Silence of the 177’ yang berkisah survival dan pengorbana­n dalam peristiwa pemberonta­kan Jesselton dapat mendedahka­n generasi muda dengan peristiwa yang berlaku pada 1943.

Menurutnya, filem arahan pengarah prolifik Sabah Marcellus Abas (Marc Abas) itu turut memupuk rasa cinta terhadap tanah air.

Beliau berkata, filem genre sedemikian turut memupuk semangat nasionalis­me dalam kalangan penonton terutamany­a generasi muda.

“Kita mahu generasi muda faham dan tahu sejarah negeri dan negara,” katanya semasa melakukan prapelanca­ran promosi filem ‘Silence of the 177’ di sini kelmarin.

Hajiji turut menghadiri majlis Santai Belia Bersama Ketua Menteri Menyaksika­n Tayangan Filem Mat Kilau anjuran Majlis Belia Sabah (MBS) dan Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri (JKM) di Golden Screen Cinemas (GSC) Suria Sabah.

Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan orang ramai agar menonton ‘Silence of 177’ yang dijangka ditayangka­n sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan.

Pada majlis itu, lebih 270 belia menyertai program santai yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara 2022.

Hadir sama, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Jahid Jahim; Menteri TugasTugas Khas Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif; Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin; Pembantu Menteri Belia dan Sukan Andi Muhammad Suryady Bandy; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong; dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip.

 ?? ?? LANCAR: Hajiji (berdiri, tujuh kanan) bersama jemputan khas bergambar bersama pengarah dan pelakon ‘Silence of the 177’ semasa melakukan prapelanca­ran promosi filem itu.
LANCAR: Hajiji (berdiri, tujuh kanan) bersama jemputan khas bergambar bersama pengarah dan pelakon ‘Silence of the 177’ semasa melakukan prapelanca­ran promosi filem itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia