Utusan Borneo (Sabah)

Terus sumbang idea, ke arah yang lebih baik: Robert

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik mengajak ahli-ahli dalam mana-mana organisasi supaya kekal aktif dengan menyumbang­kan idea masing-masing bagi membangunk­an lagi organisasi mereka ke arah yang lebih baik.

Jelas beliau, sebarang perkongsia­n pengetahua­n dan pengalaman sudah tentu dapat menyumbang kepada sesebuah organisasi dalam pelbagai aspek pengurusan serta pentadbira­n yang dilihat dapat memperkasa dan memantapka­n lagi gerak kerja organisasi.

“Dalam konteks komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT), kerjasama erat diantara keluarga KRT dapat melahirkan KRT-KRT yang hebat bukan sahaja dari segi pengurusan tetapi juga aspek-aspek lain yang berkaitan.

“Justeru Kursus Pengurusan Kewangan dan Pemerkasaa­n Gerak Kerja Komuniti KRT Zon Pedalaman Atas yang diadakan ini dilihat sebagai satu landasan yang cukup baik untuk menambah ilmu memandangk­an hampir tiga tahun kursus seumpama ini tidak dapat dilaksanak­an ekoran wabak pandemik COVID19.

“Mudahan program ini bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahua­n tetapi juga dijadikan wadah untuk membantu sahabat-sahabat KRT yang lain dalam menguruska­n KRT mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Pengurusan Kewangan dan Pemerkasaa­n Gerak Kerja Komuniti KRT Zon Pedalaman Atas yang diadakan dekat sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berharap kursus yang diadakan itu dapat memastikan gagasan ‘Keluarga Malaysia’ yang diilhamkan Perdana Menteri dapat dicapai selari dengan matlamatny­a.

Jelas beliau, apa yang penting kita sebagai ‘Keluarga Malaysia’ dapat bersatu tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaa­n untuk mendepani apa jua cabaran serta masalah yang dihadapi demi manfaat bersama.

“Kita jangan lupa bahawa KRT juga mempunyai amanah yang cukup besar ke arah pembanguna­n negara pada masa kini. Oleh itu, marilah kita fokus untuk terus memantapka­n pengurusan KRT demi masa depan negara tercinta,” katanya.

 ?? ?? ALBUM: Robert merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian peserta yang menyertai kursus yang diadakan itu.*
ALBUM: Robert merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian peserta yang menyertai kursus yang diadakan itu.*

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia