Utusan Borneo (Sabah)

100 asnaf terima daging korban YNJ

-

NABAWAN: Seramai 100 orang penduduk sekitar daerah ini menerima daging korban sumbangan Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Pengerusi YNJ, Brigedier Jeneral Al Hambra Juhar berkata, selain daging korban, para penerima yang terdiri daripada golongan asnaf dan warga tua turut menerima sumbangan wang tunai.

“Untuk program hari ini, dua ekor lembu disumbang untuk dikorbanka­n dan setiap penerima mendapat empat kilogram seorang.

“Sebelum ini, YNJ telah mengadakan program seumpama di beberapa daerah dan yang terakhir sekali sebelum program hari ini adalah di Kota Marudu dan Pitas yang mana sumbangan diberikan kepada golongan asnaf, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Kota Marudu dan Pitas serta mangsa banjir.

“Secara keseluruha­nnya, pihak Istana Seri Kinabalu menyumbang­kan sebanyak enam ekor lembu setakat hari ini,” jelas beliau ketika ditemui media selepas Program Ziarah Korban Daerah Nabawan, di sini.

Sumbangan daging korban tersebut diagihkan oleh Isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni dan Al Hambra di Dewan Terbuka Sekolah Agama Rendah Kg. Murni Nabawan.

Dalam majlis sama, beliau turut menyampaik­an sumbangan berupa wang tunai kepada Kelas Bimbingan Saudara Kita (KBSK).

Sementara itu, Pengerusi KBSK, Duria Lusau, 45, menzahirka­n rasa kesyukuran atas sumbangan yang diberikan oleh YNJ.

“Kami akan memanfaatk­an sumbangan ini dengan menggunaka­nnya untuk aktiviti yang berfaedah antaranya mengunjung­i saudara-saudara baru di sini.

“Kami juga berharap agar lebih banyak pihak akan tampil memberikan sumbangan untuk menampung perbelanja­an aktiviti-aktiviti KBSK,” tambahnya.

Hadir sama Pegawai Daerah Nabawan, Neldin Gimbang, Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Nabawan, Deckson Andipai, Pegawai Perhubunga­n Parlimen, Justin Lambirong dan Penolong Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Badan Dakwah Nabawan, Ali Kazrai Pandin. — Penerangan

 ?? ?? KENANGAN: Toh Puan Norlidah (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama pelajar Kelas Bimbingan Saudara Kita Nabawan.
KENANGAN: Toh Puan Norlidah (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama pelajar Kelas Bimbingan Saudara Kita Nabawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia