Utusan Borneo (Sabah)

KADAR PENGANGGUR­AN BELIA TURUN

-

TUARAN: Kadar penganggur­an dalam kalangan belia yang berusia 15 hingga 40 tahun di seluruh negara menunjukka­n penurunan kepada 5.3 peratus bagi suku pertama tahun ini berbanding 5.9 peratus dalam tempoh sama tahun lepas, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata peratusan itu menunjukka­n bilangan penganggur pada suku pertama tahun ini adalah seramai 585,000 orang, menurun berbanding 627,000 orang bagi tempoh yang sama tahun lepas.

“Jumlah ini dijangka terus menurun sekiranya kita mengambil tahu dan mengambil peduli pelbagai inisiatif serta program yang tersedia untuk belia,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan di Padang Pekan Tuaran di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dan Presiden Majlis Belia Malaysia Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

Bertemakan ‘Ini Masa Kita’, sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan yang diadakan selama tiga hari bermula semalam, menyediaka­n pelbagai acara antaranya sukan bola jaring, badminton, silat, pameran, Karnival Kerjaya Belia dan Forum Ad-Deen.

Ismail Sabri berkata bagi memastikan angka penggangur­an belia terus menurun, kerajaan antara lain melalui kerjasama strategik dengan Kementeria­n Belia dan Sukan, Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutua­n) memberi tumpuan lebih kepada pertanian bandar.

Beliau berkata usaha itu merupakan strategi

 ?? ?? RASMI: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Ismail Sabri Yaakub dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melakukan gimik perasmian Hari Belia Negara 2022 di Padang Pekan Tuaran, semalam.
RASMI: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Ismail Sabri Yaakub dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melakukan gimik perasmian Hari Belia Negara 2022 di Padang Pekan Tuaran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia