Utusan Borneo (Sabah)

JKNS ambil 43 sampel sayur Kundasang

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengumpul 43 sampel pelbagai jenis sayuran tanah tinggi di Kundasang bagi mengesan kandungan racun dalam setiap tanaman terbabit.

Pengarah JKNS Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, tindakan dijalankan semasa pelaksanaa­n Ops Caras Hijau secara besarbesar­an melalui kerjasama Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran dan Pejabat Kesihatan Daerah Ranau dengan disertai 30 anggota keseluruha­n.

“Antara sampel sayuran yang diambil termasukla­h cili merah, lada benggala, tomato, daun salad dan daun sup yang dijual di 16 premis pemborong dan 19 premis peruncitan sayuran di Kundasang.

“Kesemua sayuran ini menjadi keutamaan dalam persampela­n berkenaan kerana sering dikesan mengandung­i paras residu racun perosak melebihi nilai standard yang dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, kesemua sampel terbabit sudah dihantar ke Makmal Keselamata­n dan Kualiti Makanan JKNS untuk dianalisis.

“Objektif operasi ini adalah untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada semua pihak yang terlibat dalam rantaian penjualan hasil pertanian agar tidak menggunaka­n racun perosak yang tidak dibenarkan atau melebihi nilai maximum residue limit (MRLS) yang dibenarkan mengikut keperluan perundanga­n sedia ada.

“Penggunaan racun perosak yang tidak terkawal adalah sangat merbahaya sehingga boleh memudaratk­an kesihatan dan keselamata­n pengguna,” katanya.

Sementara itu katanya, operasi melibatkan Penguatkua­saan dan Pematuhan Perundanga­n mengikut Akta Makanan 1983 dan PeraturanP­eraturan Makanan 1985.

“Ops Caras Hijau tertumpu kepada pemborong dan peruncit di sekitar Kundasang sejajar kedudukann­ya sebagai kawasan penanaman dan pengeluara­n hasil pertanian utama di Sabah.

“Operasi ini melibatkan aktiviti persampela­n dan pengesanan maklumat rantaian pembekalan hasil sayursayur­an serta buah-buahan.

“Ia akan dilaksanak­an dari semasa ke semasa bagi memastikan semua pengusaha hasil pertanian mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan demi keselamata­n dan kesihatan pengguna,” katanya.

Beliau berkata, orang awam juga diingatkan agar sentiasa mengamalka­n amalan kebersihan dengan membasuh terlebih dahulu sayur-sayuran dan buahbuahan sebelum dimasak atau dimakan.

 ?? ?? ROSE
ROSE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia