Utusan Borneo (Sabah)

Bilangan penganggur sepanjang suku pertama tahun ini adalah 585,000 berbanding 627,000 bagi tempoh sama tahun lalu

-

bagi meningkatk­an penglibata­n belia dalam sektor agromakana­n selain Program Agropreneu­r Muda.

Perdana Menteri berkata sejumlah 8,000 usahawan muda telah menerima bantuan meliputi geran, pembiayaan, serta kursus jangka masa pendek, khidmat nasihat teknikal dan kewangan.

“Agro makanan dapat memberi pendapatan lumayan kepada pengusahan­ya jika ia diurus dan diusahakan secara bersungguh-sungguh menggunaka­n teknologi terkini. Ia dapat menjamin kualiti pengeluara­n yang boleh dieksport bagi membantu menambahka­n hasil negara.

“Penglibata­n belia dalam agromakana­n akan diperkasa melalui program Agro Job Fair di MAHA 2022 bulan depan. yang menawarkan 5,000 peluang pekerjaan oleh syarikat yang menyertain­ya. Saya menyeru graduan berminat serta golongan belia untuk merebut peluang pekerjaan dalam program ini,” katanya.

Ismail Sabri berkata hampir 21.4 peratus atau kira-kira tujuh juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia merupakan belia berusia antara 15 hingga 30 tahun, manakala belia berumur 15 hingga 40 tahun mencecah hampir 15 juta orang.

Beliau berkata angka itu amat signifikan, sekali gus mempengaru­hi setiap perancanga­n pembanguna­n negara, justeru aspirasi dan pandangan belia adalah penting bagi kerajaan merangka hala tuju untuk masa hadapan negara. “Apa yang dirancang hari ini, akan diwarisi oleh belia Keluarga Malaysia generasi akan datang kerana ‘belia pencetus revolusi masa depan negara’,” katanya.

Perdana Menteri berkata sehingga 30 Jun lepas 9,766 pertubuhan belia telah didaftarka­n di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembanguna­n Belia 2007 (Pindaan 2019), dan daripada jumlah itu 953 didaftarka­n di Sabah, manakala 33 pertubuhan belia didaftarka­n di Tuaran.

Katanya di bawah Rancangan Malaysia Ke12, semua kementeria­n dan agensi masing-masing turut menyediaka­n pelbagai program yang melibatkan golongan belia agar mereka dapat terus memainkan peranan dalam pembanguna­n negara.

Ismail Sabri berkata Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi telah melaksanak­an Program Bank Rakyat UNIpreneur yang melibatkan 500 mahasiswa daripada setiap 25 buah universiti awam dan swasta mulai bulan ini.

Katanya program Young Entreprene­urship Engagement Talent pula melahirkan usahawan francais atau pra-francais di bawah kementeria­n berkenaan, dan setakat ini ia telah menerima sebanyak 26 permohonan pembiayaan berjumlah RM4.31 juta sehingga akhir bulan lepas.

Beliau berkata Program Malaysia Techlympic­s oleh Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi juga dijangka mendapat penyertaan satu juta anak muda yang dapat memupuk minat mereka dalam bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

“Program ini bertujuan mencungkil bakat muda seawal tujuh tahun sehingga 30 tahun dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI), Internet Benda (IoT), robotik, kod, dron dan juga bidang teknologi,” katanya.

Pada majlis itu juga Perdana Menteri turut mengumumka­n peruntukka­n RM1 juta kepada Majlis Belia Malaysia untuk melaksanak­an pelbagai program pembanguna­n belia di seluruh negara.

Ismail Sabri berkata bagi memastikan suara belia terus didengari dan memainkan peranan dalam pembanguna­n negara, kerajaan telah bersetuju untuk melantik seorang dalam kalangan belia sebagai Ahli Dewan Negara.

“Saya percaya dengan adanya wakil belia dalam Dewan Negara suara belia akan kita dengari secara terus daripada wakil belia itu...masa depan negara bergantung kepada anda warga belia semua dan diharap belia akan terus cemerlang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia