Utusan Borneo (Sabah)

ICQS Bantul dilaksana tahun ini

-

PAGALUNGAN: Pelaksanaa­n Projek Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Bantul dijangka bermula tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Panglima Hamzah Zainudin berkata, kerja-kerja pembinaan akan dimulakan sejurus selepas urusan status tanah dengan kerajaan negeri selesai dan kompleks tersebut bakal memberi manfaat kepada kira-kira 6,000 penduduk di kawasan terbabit.

“Saya ingin memastikan projek yang telah kita umumkan iaitu pembinaan ICQS di kawasan Bantul akan bermula tidak lama lagi.

“Ini kerana kita tidak mahu ada pihak dari sebelah sana masuk ke negara ini tanpa menggunaka­n dokumen yang sah atau masuk sebagai pendatang tanpa izin (PATI).

“Kita sudah pun mempunyai masalah besar berkaitan PATI di Sabah ini, jadi kita tidak mahu bila adanya pintu-pintu masuk ini amat mudah untuk mereka keluar masuk dan menyebabka­n penambahan jumlah PATI.

“Oleh itu, kita memerlukan sebuah kompleks yang membolehka­n sesiapa sahaja keluar masuk didaftarka­n kerana pendataan amat mustahak sekali,” katanya kepada media selepas melawat ke Pondok Polis Pagalungan dan Pos Kawalan Imigresen Pagalungan, kelmarin.

Menurut Hamzah, selain mengeluark­an pasport antabangsa, pembinaan kompleks itu juga dapat memudahkan urusan pendaftara­n serta laporan berkaitan jenayah.

“ICQS ini akan memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan ini supaya dia tidak perlu pergi jauh ke Keningau untuk urusan seperti membuat laporan kelahiran, kematian ataupun laporan jenayah.

“Kita boleh menggunaka­n fasiliti yang ada apabila balai Polis yang dipertingk­atkan kelak boleh menerima laporan kelahiran dan kematian sebagai wakil kepada Jabatan Pendaftara­n Negara,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya komited mempercepa­tkan pembinaan ICQS untuk menyeimban­gi pembanguna­n keselamata­n sempadan dengan negara jiran iaitu Pos Lintas Batas Negara (PLBN) Labang, Indonesia.

Tapak ICQS Bantul melibatkan keluasan 65 ekar dan terletak kira-kira 25 km dari lokasi Pondok Polis Pagalungan sekarang atau perjalanan lebih sejam jika menggunaka­n pengangkut­an sungai.

 ?? ?? TINJAU: Hamzah (tengah) meninjau air sungai yang menjadi laluan utama keluar masuk rakyat Malaysia-Indonesia.
TINJAU: Hamzah (tengah) meninjau air sungai yang menjadi laluan utama keluar masuk rakyat Malaysia-Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia