Utusan Borneo (Sabah)

MH17: Malaysia gesa negara, pihak terlibat beri kerjasama

Pastikan pihak bertanggun­gjawab dibawa ke muka pengadilan

-

PUTRAJAYA: Malaysia menggesa semua negara serta pihak yang terlibat untuk memberi kerjasama sepenuhnya mengikut Resolusi Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) 2166 (2014) berkaitan pesawat Malaysia Airlines penerbanga­n MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Dalam kenyataan yang dikeluarka­n Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) semalam sempena memperinga­ti ulang tahun kelapan tragedi MH17, kementeria­n itu memaklumka­n gesaan dibuat bagi memastikan pihak bertanggun­gjawab terhadap tragedi itu dibawa ke muka pengadilan menerusi

“Mencari kebenaran terhadap nahas yang berlaku akan terus menjadi keutamaan kami (Malaysia).

prosiding jenayah yang bebas, terbuka dan telus dalam pendakwaan kebangsaan di Belanda ketika ini.

“Proses kehakiman yang menyeluruh mesti dilakukan untuk mendapatka­n ke bertanggun­gjawab a n penjenayah dan menuntut keadilan bagi mangsa serta waris yang terlibat dalam tragedi MH17.

“Mencari kebenaran terhadap nahas yang berlaku akan terus menjadi keutamaan kami (Malaysia),” menurut kenyataan itu.

Pesawat Boeing 777 itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 apabila ia ditembak jatuh di bahagian timur Ukraine. Mengorbank­an 298 penumpang termasuk kru pesawat itu.

Walaupun tidak dapat mengembali­kan mangsa nahas terbabit ke dunia ini atau mengurangk­an kesedihan serta keperitan yang dirasai ahli keluarga, MOT memberitah­u Malaysia tetap komited mencari kebenaran serta menuntut keadilan terhadap insiden itu.

“Kami (Malaysia) mengulangi rasa simpati dan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan insan tersayang mangsa nahas penerbanga­n MH17. Kami akan pastikan insiden tragis seperti ini tidak berulang lagi,” menurut kenyataan itu.

Sebagai tanda solidariti bersama waris tragedi itu, MOT menyatakan pemergian kesemua mangsa akan terus diingati. — Bernama

Kenyataan Kementeria­n Pengangkut­an

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Khairy (dua kiri) beramah mesra bersama masyarakat Orang Asli pada majlis pelancaran Tinjauan Kesihatan Orang Asli di Dewan Komuniti Sahom, Kampar, semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Khairy (dua kiri) beramah mesra bersama masyarakat Orang Asli pada majlis pelancaran Tinjauan Kesihatan Orang Asli di Dewan Komuniti Sahom, Kampar, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAUAN KESIHATAN: Khairy (tengah) bergambar kenangan bersama masyarakat Orang Asli pada majlis pelancaran Tinjauan Kesihatan Orang Asli di Dewan Komuniti Sahom, Kampar, semalam.
— Gambar Bernama TINJAUAN KESIHATAN: Khairy (tengah) bergambar kenangan bersama masyarakat Orang Asli pada majlis pelancaran Tinjauan Kesihatan Orang Asli di Dewan Komuniti Sahom, Kampar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia