Utusan Borneo (Sabah)

Harga minyak masak tidak bersubsidi dijangka turun dua minggu lagi

Pihak industri telah bersetuju untuk menurunkan harga minyak masak: Annuar

-

KOTA BHARU: Harga minyak masak tidak bersubsidi dijangka turun dalam tempoh dua minggu lagi, kata Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata pihaknya telah memanggil semua pengilang yang terlibat termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Masak Sawit Malaysia (MPOC) pada Selasa lepas sebagai badan yang mengawal kuota dan lesen pengilang.

“Selepas dua minggu dari tarikh saya bertemu mereka, saya mahu tengok harga minyak turun.

“Saya tidaklah memaksa, cuma pada masa ini saya mahu industri ada rasa tanggungja­wab dan jangan

“Saya tidaklah memaksa, cuma pada masa ini saya mahu industri ada rasa tanggungja­wab dan jangan biarkan kerajaan terkial-kial dengan masalah sebab akhirnya syarikat juga yang ” menentukan­nya.

Tan Sri Annuar Musa Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi

biarkan kerajaan terkialkia­l dengan masalah sebab akhirnya syarikat juga yang menentukan­nya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan harga barangan di Pasar Ketereh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Annuar berkata pihak industri telah bersetuju untuk menurunkan harga minyak masak dan pengilang yang terbabit membayangk­an penurunan harga itu akan dipendekka­n secara berperingk­at iaitu lima hingga 10 peratus.

Dalam perkembang­an lain, Annuar berkata inflasi yang sedang dihadapi kini adalah inflasi yang sudah diduga kerana ia berlaku secara global.

Beliau berkata pascaCOVID-19 membolehka­n aktiviti sudah berjalan semula namun berlaku peningkata­n permintaan pelbagai industri sedangkan pengeluara­n tidak pulih sepenuhnya.

“Selain itu, peperangan di luar negara menjejaska­n perdaganga­n dan inflasi tersebut berlaku bergantung kepada dasar-dasar kewangan serta monetari polisi negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Annuar (dua kiri) beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung pasar tani ketika mengadakan tinjauan harga barangan makanan di Pasar Ketereh di Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Annuar (dua kiri) beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung pasar tani ketika mengadakan tinjauan harga barangan makanan di Pasar Ketereh di Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia