Utusan Borneo (Sabah)

Sertai Chelsea kali kedua satu kesilapan

-

MILAN: Romelu Lukaku telah mengakui bahawa meninggalk­an Inter untuk menyertai Chelsea untuk kali kedua ialah satu kesilapan.

Tahun mimpi buruk pemain Belgium itu di Stamford Bridge telah memuncak apabila dia kembali ke Inter dengan perjanjian pinjaman sepanjang musim, di mana pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini menikmati dua musim yang berjaya.

Lukaku kembali ke Chelsea dengan bayaran 97.5 juta pound dan pada mulanya dia tangkas. Dia mempamerka­n persembaha­n hebat menentang Arsenal di Stadium Emirates, membuka jaringan, dan juga menjaringk­an gol hebat menentang Aston Villa.

Tetapi tidak lama kemudian, keadaan berubah untuk Lukaku, dengan temu bual kelmarin mendedahka­n dia kesal dengan cara keberangka­tan ke Inter, bukan sahaja sebab penyokong kelab tetapi juga akibat ketua jurulatih Thomas Tuchel.

Tuchel jarang memainkan Lukaku, dan bercakap semasa pelancaran kit baharu Inter bahawa keputusann­ya untuk kembali ke barat London itu ialah perkara yang salah.

“Yang ini sekarang,” kata Lukaku ketika ditanya mengenai cabaran terbesar dalam kerjayanya. “Anda tahu, saya pergi, ia ialah satu kesilapan.

“Apa yang kami lakukan di bilik persalinan dan di padang, hubungan kami dengan satu sama lain, itu benarbenar penting. Penting agar orang ramai dapat melihat bahawa pasukan kami benarbenar bersatu padu.

“Inter telah memberi saya peluang untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi dalam kerjaya saya. Saya sangat gembira memakai jersi ini, kami berharap dapat terus berkembang seperti pada tahun-tahun sebelum ini. Kami perlu terus seperti ini jika kami mahu mencapai matlamat.”

Sementara itu, Thomas Tuchel telah memberi bayangan bahawa kerjaya Lukaku di Chelsea mungkin sudah berakhir, walaupun perjanjian pinjaman Inter tidak mengandung­i pilihan atau kewajipan untuk membeli.

Jurulatih Jerman itu memberitah­u Sky Sports: “Memandangk­an dia hanya dipinjamka­n, sudah tentu ada peluang. Saya tidak tahu jika ada kemungkina­n besar, tapi saya tidak berhak memberi pandangan tentangnya.

“Kami sudah memutuskan bersama-sama dengan pemilik bahawa kami akan membiarkan Lukaku pergi. Ini merupakan keinginann­ya untuk pergi.” — AFP

 ?? ?? LUKAKU
LUKAKU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia