Utusan Borneo (Sabah)

Ten Hag raih kemenangan kedua selaku pengurus MU

-

MELBOURNE: Anthony Martial dan Marcus Rashford meraih gol ketika Manchester United bangkit dari ketinggala­n satu gol untuk mengalahka­n Melbourne Victory 4-1 kelmarin, sekaligus mencatat kemenangan kedua pengurus Erik ten Hag sejak mengambil alih.

Ia menyusuli kemenagan 4-0 mereka ke atas Liverpool di Bangkok pada Selasa ketika Jadon Sancho, Fred, Martial dan Facundo Pellistri menjaringk­an gol.

Victory tidak mudah ditindas dan mengejutka­n skuad gergasi Inggeris itu di hadapan 74,000 peminat di Melbourne Cricket Ground dengan gol seawal minit kelima.

United mencengkam gol menjelang separuh masa menerusi Scott McTominay dan Martial sebelum Rashford menjadikan kedudukan 3-1 pada baki 12 minit dan gol sendiri oleh Victory memeterai kemenangan.

“Ia sesuatu yang baik sesungguhn­ya kami dapat bangkit,” kata Ten Hag. “Ini pra-musim dan kami mahu melihat tindak balas pasukan.

“Kami ketinggala­n 1-0 tetapi kami kekal tenang dan akhirnya sebelum separuh masa kami menjaringk­an dua kali.

“Pertahanan mereka benar-benar kukuh dan sukar untuk mencipta peluang,” tambahnya. “Tetapi kami berjaya menembusi barisan pertahanan beberapa kali dan wajarlah kami menjaringk­an gol.”

United menggunaka­n 22 pemain menentang Liverpool dan sungguhpun Ten Hag menurunkan barisan permulaan yang sama, dia membuat 10 perubahan selepas masa rehat.

Kapten dan pemain tengah Harry Maguire bermula buat kali pertama di bawah jurulatih Belanda itu selepas tidak bermain semasa pertembung­an Liverpool.

David de Gea juga tidak bermain setelah mengalami ketegangan otot di Bangkok. Memandangk­an Dean Henderson dipinjamka­n, hanya penjaga gol sandaran Tom Heaton boleh bermain 90 minit penuh.

Dengan ketiadaan Cristiano Ronaldo, Martial sekali lagi mengetuai barisan yang diapit oleh Jadon Sancho dan Antony Elanga.

Peminat tempatan bersorak apabila bekas bintang Manchester United, Nani membuat penampilan sulungnya pada baki tiga minit selepas ditandatan­gani oleh pasukan Australia itu minggu ini.

United juga berdepan Crystal Palace dan Aston Villa di Australia sebelum kempen Liga Perdana mereka bermula pada 7 Ogos. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan di antara Melbourne Victory dan Manchester Utd di Melbourne.
— Gambar AFP TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan di antara Melbourne Victory dan Manchester Utd di Melbourne.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia