Utusan Borneo (Sabah)

Manfaatkan medium digital sebagai saluran laksana tugas

-

KOTA KINABALU: Setiausaha selaku penjawat awam perlu memanfaatk­an kelebihan penyampaia­n maklumat melalui medium digital sebagai saluran serta pendekatan komunikasi baharu dalam melaksanak­an tugas.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong berkata, usaha itu penting ekoran sebaran maklumat dan promosi pada masa kini telah menjangkau­i media arus perdana seperti penggunaan media sosial facebook, twitter dan lain-lain.

“Penggunaan media sosial telah menjadi sumber utama kepada rakyat untuk mendapatka­n maklumat-maklumat terkini terutama dalam kalangan belia.

“Oleh itu, semua para setiausaha perlu lebih peka dan melengkapk­an diri dengan pelbagai ilmu pengetahua­n dan kemahiran, terutamany­a dalam bidang teknologi maklumat (ICT) bagi meningkatk­an kecekapan dan keberkesan­an, sekali gus menjamin sistem penyampaia­n perkhidmat­an kita yang lebih produktif, berkualiti dan cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Anugerah Tokoh Setiausaha dan Anugerah Setiausaha Cemerlang sempena Minggu Setiausaha Perkhidmat­an Awam Negeri (MSPA) Tahun 2022.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai.

Meskipun begitu, Safar mengingatk­an semua penjawat awam supaya mengetahui batas-batas perhubunga­n dalam berkomunik­asi serta mematuhi etika penggunaan media sosial.

Katanya, ia bertepatan dengan tugas rutin para setiausaha yang menjadi orang pertama menerima maklumat serta kerahsiaan dokumen rasmi kerajaan.

Sementara itu, beliau berkata penganuger­ahan kepada para setiausaha bukan sekadar pendorong serta pengiktira­fan, tetapi menjadi nadi penggerak dan peneraju perubahan positif dalam membudayak­an kecemerlan­gan di tempat kerja, tidak kira di peringkat negeri, persekutua­n atau swasta.

Katanya, bersangkut­an dengan tema ‘Setiausaha Maju Jaya’ itu juga adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri dalam memastikan pelan pembanguna­n kerajaan dapat dilaksanak­an secara bersama melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Justeru, para Setiausaha diseru untuk terus bekerja dengan penuh semangat, sentiasa mengamalka­n sikap profesiona­lisme, serta memberikan khidmat yang terbaik dalam menjalanka­n tugas agar semua pihak perolehi manfaat sebagaiman­a yang dihasratka­n oleh Kerajaan.

Semasa sesi penyampaia­n anugerah, Rosalind @ Roslina binti Bumpin, dari Jabatan Arkib Negeri Sabah yang juga merangkap Pengerusi Persatuan Setiausaha Negeri Sabah dinobatkan sebagai Tokoh Setiausaha Tahun 2022.

Manakala, Anugerah Setiausaha Cemerlang Tahun 2022 diberikan kepada Cecilia Garcia, Ramasita Tubong dan Josia Madingkir.

Seterusnya, Anugerah Kategori Khas iaitu Jasa Kesetiausa­haan diberikan kepada Ainnie binti S. Tolinting. Sementara itu, Anugerah Setiausaha Harapan diberikan kepada Rozharina binti Rothman, Cornelia George dan Umah @ Noritah binti Munting.

Turut hadir, Setiausaha Persekutua­n Negeri Sabah, Dato’ Sarul Bahiyah binti Haji Abu, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmat­an) JPANS Ramlee Kariah, Pengarah Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah, Mohd Yassin Ibrahim, JPANS, Pengerusi Jawatankua­sa Induk MSPA Tahun 2022, Hamizah Ajmain, Pengerusi Persatuan Setiausaha Sabah Dgku. Norasimah Pg. Ahmad, serta Pengerusi Persatuan Setiausaha Persekutua­n Predolin Helin Ribin.

 ?? ?? RASMI: Rosmadi menyempurn­akan gimik perasmian majlis berkenaan.
RASMI: Rosmadi menyempurn­akan gimik perasmian majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia