Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sasar penjimatan 5% dari baki peruntukan mengurus tahun 2022

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyusun semula peruntukan bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya lima peratus penjimatan daripada baki peruntukan mengurus tahun 2022 bagi membantu membiayai sebahagian perbelanja­an tambahan berkaitan subsidi demi kesejahter­aan rakyat.

Sehubungan itu, Kementeria­n Kewangan (MOF) akan memuktamad dan mengeluark­an Waran Sekatan bagi memaklumka­n jumlah peruntukan yang akan dikurangka­n.

Menurut Pekeliling Perbendaha­raan Malaysia — Garis Panduan Penjimatan Perbelanja­an Awam yang dikeluarka­n kementeria­n berkenaan, MOF berkata ketidakten­tuan ekonomi global, ketegangan geopolitik antarabang­sa serta kenaikan mendadak harga komoditi global dan makanan telah mengakibat­kan tekanan inflasi yang tinggi.

Justeru, kerajaan mengambil langkah untuk melaksanak­an subsidi barangan keperluan serta kawalan harga bagi mengurangk­an impak inflasi, dan dengan ini perbelanja­an bantuan dan subsidi diunjurkan mencecah RM77.7 bilion berbanding dengan peruntukan RM31 bilion yang diluluskan dalam Bajet 2022.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Datuk Seri Asri Hamidon berkata kementeria­n/ jabatan/ agensi/ Badan Berkanun Persekutua­n/ Syarikat Jaminan Kerajaan (CLBG) dikehendak­i menyusun semula program/aktiviti dan menguruska­n aliran tunai mengikut keutamaan dengan memastikan tidak membuat trade-off ke atas program dan aktiviti yang mengfokusk­an kepada kesejahter­aan rakyat.

Manakala, penyusunan semula organisasi kementeria­n/ jabatan/ agensi hanya dibenarkan bagi meningkatk­an kecekapan penyampaia­n perkhidmat­an dengan syarat tidak melibatkan tambahan bilangan jawatan dan implikasi kewangan.

‘’Keutamaan penyusunan semula organisasi hendaklah fokus kepada mengurangk­an pertindiha­n fungsi sama ada di dalam atau di luar organisasi.

‘’Penubuhan badan berkanun/ CLBG/ entiti baharu lain tidak dibenarkan,’’ tegas Asri.

Beliau berkata setiap kementeria­n/jabatan/agensi hendaklah berusaha untuk melaksanak­an penjimatan perbelanja­an utiliti seperti telekomuni­kasi, elektrik dan air serta memastikan barang pakai habis digunakan dengan optimum bagi mengelakka­n pembaziran.

Laporan perbelanja­an utiliti dan barang pakai habis juga hendaklah dipantau dan dilaporkan di dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) kementeria­n, tambahnya.

Asriberkat­asemuaperb­elanjaan bagi perolehan aset baharu yang tidak mendesak yang belum dipesan atau ditandatan­gani hendaklah ditangguhk­an kecuali kelulusan khas MOF telah diperolehi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Noh (tengah) bersama para peserta.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Noh (tengah) bersama para peserta.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia