Utusan Borneo (Sabah)

KUSKOP tangguh projek pembanguna­n, bantuan usahawan diteruskan: Noh

-

SHAH ALAM: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan mengambil langkah menangguhk­an projek-projek pembanguna­n sebagai usaha penjimatan kementeria­nnya seiring dengan arahan Pekeliling Perbendaha­raan Malaysia bertajuk ‘Garis Panduan Penjimatan Perbelanja­an Awam’.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata bagaimanap­un, program pembanguna­n usahawan tetap diteruskan kerana ia merupakan agenda utama KUSKOP untuk membantu golongan tersebut bangkit terutama dalam situasi ekonomi kini.

“KUSKOP antara kementeria­n yang dapat peruntukan paling kecil sebab kita tidak ada banyak program pembanguna­n. Kita banyak menggunaka­n agensiagen­si sedia ada (di bawah KUSKOP) untuk membantu usahawan.

“Kalau kata (program) pembanguna­n mungkin kita tangguh dahulu tetapi untuk membantu usahawan, kita kena berterusan sebab ramai yang baru hendak bangkit semula… Peruntukan yang ada di kementeria­n saya ini, kita akan lebih banyak belanjakan untuk bantu mereka,” katanya selepas merasmikan program Malaysia Sports League (MSL) 2022 peringkat negeri di sini, semalam.

Noh mengulas mengenai laporan sebuah media tempatan kelmarin yang menyatakan semua kementeria­n, jabatan, agensi, badan berkanun Persekutua­n

dan syarikat terhad dengan jaminan (CLBG) diarah melaksanak­an langkah penjimatan dalaman dengan mengoptimu­mkan perbelanja­an, bagi membolehka­n penjimatan itu disalurkan untuk kesejahter­aan rakyat.

Arahan itu dikeluarka­n menerusi Pekeliling Perbendaha­raan Malaysia bertajuk ‘Garis Panduan Penjimatan Perbelanja­an Awam’ ditandatan­gani Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Datuk Seri Asri Hamidon dan berkuat kuasa mulai Rabu lepas.

Terdahulu, Noh berkata lebih 2,000 penyertaan direkodkan bagi MSL 2022 di peringkat daerah yang berakhir 5 Jun lepas dengan lima jenis sukan dipertandi­ngkan iaitu futsal, bola jaring, sepak takraw, bola keranjang dan badminton. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Noh (tiga kiri) menerima jersi daripada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Selangor Hasnata Hassan (tiga kanan) pada gimik Perasmian Program Malaysia Sports League (MSL 2022) Peringkat Negeri Selangor di Seksyen 14 Shah Alam dekat Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama TERIMALAH: Noh (tiga kiri) menerima jersi daripada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Selangor Hasnata Hassan (tiga kanan) pada gimik Perasmian Program Malaysia Sports League (MSL 2022) Peringkat Negeri Selangor di Seksyen 14 Shah Alam dekat Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia