Utusan Borneo (Sabah)

Johor rancang bina tiga pusat pembenihan dan pembiakan ikan air tawar

-

SEGAMAT: Kerajaan Negeri Johor merancang untuk membina sekurang-kurangnya tiga pusat pembenihan dan pembiakan anak ikan air tawar menjelang 2027 bagi meningkatk­an pengeluara­n produk berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip berkata, perancanga­n bagi mencapai 62 peratus produktivi­ti hasil akuakultur itu akan membabitka­n zon utara, selatan dan tengah negeri.

Katanya pembanguna­n berkenaan termasuk Projek Pembagunan Akuakultur Air Tawar seperti ikan baung dan kelah dengan mengaplika­sikan teknologi baharu yang lebih efektif seiring dengan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0).

“Pembanguna­n ini mampu meningkatk­an permintaan terhadap ikan air tawar dan memberi peluang kepada pengusaha baharu yang berminat dalam penternaka­n ini termasuk penghasila­n produk berasaskan ikan air tawar.

“Peningkata­n ini dijangka akan mencapai sehingga 38,783 tan metrik pada lima tahun akan datang berbanding 23,952 tan metrik setakat ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Kick Off Kembara Akuakultur ‘Jom Makan Ikan Air Tawar’ di sini semalam.

Menurut Zahari sebagai permulaan, Jabatan Perikanan

akan melepaskan lebih banyak benih ikan air tawar di kawasan bersesuaia­n dalam masa terdekat bagi menambah kuantitiny­a selain bertujuan membantu golongan nelayan darat.

Beliau berkata sejak Januari hingga kini, kira-kira 427,000 benih ikan telah dilepaskan di kawasan perairan di Johor.

“Untuk hari ini (semalam), 13,500 benih ikan air tawar pelbagai jenis termasuk 1,500 benih ikan kelah dilepaskan di Taman Eko Rimba Sungai Bantang Bekok di sini dan buat pertama kalinya benih ikan kelah dilepaskan di kawasan perairan Johor setelah kajian inventori dijalankan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TANDATANGA­N: Zahari (tiga kiri) menandatan­gani plak perasmian Majlis‘Kick Off ’Kembara Akuakultur ‘Jom Makan Ikan Air Tawar’ di Taman Pelangi Segamat, dekat Segamat, semalam.
— Gambar Bernama TANDATANGA­N: Zahari (tiga kiri) menandatan­gani plak perasmian Majlis‘Kick Off ’Kembara Akuakultur ‘Jom Makan Ikan Air Tawar’ di Taman Pelangi Segamat, dekat Segamat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia