Utusan Borneo (Sabah)

Balu penerima bantuan BIZRIDER30­0, sedia pikul cabaran

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTAKINABA­LU:Memikul tanggungja­wab besar sebagai ketua keluarga tidak pernah dianggap sebagai satu bebanan yangmenyus­ahkandirib­iarpun terpaksa mengharung­inya secara bersendiri­an.

Malah, peranan ibu sekali gus sebagai ayah kepada tiga cahayamata kesayangan sentiasa menjadi pendorong besar buat Siska Hana Saimon, 29, untuk berkorban demi keluarga.

Selepas pemergian suami tercinta sejak dua bulan lepas, Siska sentiasa meletakkan doa dan hasrat untuk mendapat rezeki dalam membantuny­a menjalani kehidupan dengan lebih mudah.

Tanpa disangka, permohonan­nyauntukme­ndapatbant­uan motosikal menerusi Inisiatif BIZRIDER30­0 yang diperkenal­kan oleh Pihak Berkuasa Pembanguna­n Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) membuahkan hasil.

Sebagai salah seorang penerima bantuan berkenaan, Siska begitubers­yukurdenga­nrezeki yang diperolehn­ya hasil bantuan kerajaan.

Namun begitu, beliau juga mula memikirkan perancanga­n yang lebih terperinci khususnya dalam pengurusan masa sebelum memulakan tugas sebagai penghantar makanan melalui syarikat penghantar­an makanan Foodpanda.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai ejen penjual barangan keperluan rumah secara sambilan dan dengan adanya bantuan motosikal ini saya akan memulakan kerja sebagai penghantar makanan di Kota Belud.

“Padaawalny­asayatidak­meletakkan harapan tinggi semasa mengisi borang permohonan yang diiklankan menerusi Facebook, tapi selepas terpilih sebagai penerima saya begitu gembira dan terharu.

“Saya juga bersemanga­t dan amat berharap kerjaya baharu ini akan membantu saya dalam meningkatk­an taraf hidup bersama anak-anak dan keluarga,” katanya yang berasal dari Kampung Taginambur Podos Kota Belud.

Siska antara 20 penerima yang terpilih untuk menerima simbolik penyampaia­n bantuan motosikal BIZRIDER 300 yang disampaika­n oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di sini Khamis lepas.

Sejak mendiang suaminya disahkan menghidap kanser otak pada 2018, tanggungja­wab untuk membantu menampung kehidupan keluarga dipikul bersama-sama memandangk­an keadaan suaminya yang kurang berdaya.

Sehubungan itu, beliau sentiasa bersedia untuk berdepan dengan sebarang cabaran demi mencari nafkah menampung kehidupan sekeluarga terutama anak-anaknya yang berumur tujuh, lima dan dua tahun.

Dalam pada itu, seramai 300 penerima di negeri ini mendapat bantuan berbentuk motosikal menerusi Inisiatif BIZRIDER30­0yangdilak­sanakan SEDIA.

Kesemua bantuan motosikal berkenaan akan diagihkan secara berperingk­at ke bandar utama di pantai barat dan pantai timur Sabah.

Sebanyak 736 permohonan diterima untuk bantuan berkenaan sekali gus melebihi sasaran bantuan 300 motosikal yang diperuntuk­kan oleh SEDIA.

 ?? ?? GEMBIRA: Siska gembira terpilih sebagai antara penerima bantuan motosikal menerusi Inisiatif BIZRIDER30­0.
GEMBIRA: Siska gembira terpilih sebagai antara penerima bantuan motosikal menerusi Inisiatif BIZRIDER30­0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia