Utusan Borneo (Sabah)

Christina mohon KDN lihat semula permohonan Ling

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) diminta untuk melihat semula permohonan seorang rakyat Sabah untuk mendapatka­n kewarganeg­araan Malaysia.

Mantan Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, permohonan Ling Man Kit @ Ling Vun Ket, 65 layak dipertimba­ngkan KDN tanpa sebarang kelewatan lagi.

“Ling Man Kit @ Ling Vun Ket lahir di Hong Kong di mana ibunya warganegar­a China dan bapanya warganegar­a Malaysia yang lahir di Kimanis Papar pada 1927.

“Ibu bapanya membawa dia ke Borneo Utara (kini Sabah) pada usia 16 bulan. Difahamkan, Ling diberikan Kad Pengenalan Malaysia warna Biru (KPP: H6005204). Pada 1975, ketika berumur 18 tahun, dia memohon kad pengenalan baharu.

“Sebaliknya dia diberikan MyPR Malaysia card (MyPR Number 570430-71-5167),” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Christina berkata, Ling menjelaska­n pada 2018 dia sekali lagi memohon Mykad dan menerima surat bertarikh 20 September 2019 dari Bahagian Kewarganeg­araan Jabatan Pendaftara­n Negara di bawah KDN Putrajaya.

Menurutnya, berdasarka­n kandungan surat berkenaan, permohonan Ling sedang diambil perhatian oleh jabatan berkaitan sebelum dihantar untuk pertimbang­an dan tindakan selanjutny­a.

“Bagaimanap­un, sehingga hari ini, KDN masih tidak memaklumka­n kepada Ling berkaitan pemohonan itu.

“Oleh itu, saya menelefon KDN untuk segera melihat semula permohonan Ling untuk diluluskan mendapatka­n warganegar­a Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api itu juga telah menulis surat kepada Jabatan Pendaftara­n Negara, Sabah pada April lalu mengenai permohonan MyKad itu.

“Saya difahamkan, Ling dinasihatk­an oleh sumber dalam jabatan terbabit untuk sendiri menelefon KDN. Adakah ini norma baharu? setahu saya prosedurny­a bukan sedemikian.

“Ling adalah seorang pesara yang pernah mengalami penyakit strok beberapa tahun lalu, dia sepatutnya tidak dibebani dengan tekanan serta diabaikan begitu sahaja,” katanya.

Christina berkata, jabatan terbabit sepatutnya membantu Ling mengemas kini status permohonan dia dan bantu sekiranya mempunyai perkara lain yang perlu dilakukan.

“Tindakan untuk menyeru pemohonan untuk berhubung terus dengan KDN adalah tidak selari dengan tema ‘Rakyat di Hati JPN’. Saya memohon jabatan ini memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,” katanya.*

 ?? ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia