Utusan Borneo (Sabah)

RM3 juta peruntukan baiki cerun runtuh lulus

-

TONGOD: Unit Perancang Ekonomi (EPU) meluluskan peruntukan berjumlah RM3 juta untuk membaiki cerun runtuh di kawasan Balai Polis Tongod di sini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihak EPU komited untuk mempercepa­tkan penyaluran peruntukan berkenaan selepas permohonan dikemukaka­n melalui pihaknya.

“Semalam kita dimaklumka­n oleh EPU bahawa kelulusan diperoleh sebanyak RM3 juta untuk membaiki cerun runtuh.

“Ini akan kita percepatka­n supaya rumah-rumah yang dikosongka­n dapat diisi semula,” jelasnya kepada media selepas merasmikan Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) di sini kelmarin.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah menyambut baik komitmen yang diumumkan oleh Hamzah itu dan berharap masalah terbabit dapat diselesaik­an segera.

“Harapan kita supaya peruntukan itu dapat diturunkan dengan cepat kerana kita risau cuaca sekarang kerap hujan.

“Keadaan ini akan menyebabka­n hakisan yang lebih teruk dan ini boleh mengancam keselamata­n warga Balai Polis Tongod.

“Kita juga memberi pandangan kepada pihak menteri agar peruntukan disalurkan terus kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah supaya mudah untuk kita memantau dan membuat susulan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kinabatang­an Superinten­den Dzulbahari­n Ismail turut lega dengan pengumuman itu dan merakam ucapan terima kasih selain berharap kerja-kerja pembaikan cerun dapat dijalankan segera.

Setakat ini katanya, lapan keluarga yang terlibat berpindah masuk semula ke rumah masingmasi­ng selepas mendapat nasihat daripada JKR yang mengesahka­n lokasi itu masih selamat.

Kejadian cerun runtuh pada 13 Februari lalu menjejaska­n lapan keluarga dan operasi di balai berkenaan.

 ?? ?? TINJAU: Hamzah (enam kanan) ketika meninjau cerun bukit yang runtuh dalam kawasan Balai Polis Tongod.
TINJAU: Hamzah (enam kanan) ketika meninjau cerun bukit yang runtuh dalam kawasan Balai Polis Tongod.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia