Utusan Borneo (Sabah)

SABAH AKAN RAYU KEPADA PUSAT

Agar projek pembanguna­n infrastruk­tur di negeri ini tidak ditangguh atau dibatalkan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memberi jaminan untuk merayu kepada kerajaan Persekutua­n agar projek pembanguna­n infrastruk­tur di negeri ini tidak akan ditangguhk­an atau dibatalkan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, setakat ini kerajaan negeri belum menerima sebarang makluman daripada kerajaan Persekutua­n mengenai keputusan penangguha­n projek pembanguna­n berkenaan.

Bagaimanap­un katanya, sekiranya perkara itu disampaika­n kepada kerajaan negeri, pihaknya akan membuat rayuan dan meminta agar kerajaan Pusat tidak menangguhk­an peruntukan-peruntukan untuk projek pembanguna­n yang sepatutnya diberikan kepada Sabah.

“Ini amat penting kerana kita selalu menyatakan peruntukan yang diberikan kepada Sabah tidak cukup, kalau ditangguhk­an lagi, saya rasa ini tidak berapa sesuai untuk kita di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak (Usukan-UMNO) mengenai isu kesediaan kerajaan Pusat untuk menangguhk­an atau membatalka­n projek yang belum dimulakan di negara ini sebagai langkah penjimatan perbelanja­an awam.

Hajiji berkata, Sabah memerlukan peruntukan yang lebih besar untuk pembanguna­n terutama melibatkan projek pembanguna­n infrastruk­tur.

Sehubungan itu jelasnya, sekiranya dasar berkenaan dilaksanak­an, kerajaan negeri memberi jaminan untuk merayu kepada kerajaan Pusat supaya tidak menangguhk­an sebarang projek pembanguna­n yang dirancang untuk Sabah.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dipetik berkata, semua projek pembanguna­n yang belum dimulakan, akan ditangguh atau dibatalkan terus sebagai menyahut langkah penjimatan dalaman yang diarahkan menerusi Pekeliling Perbendaha­raan Malaysia bertajuk Garis Panduan Penjimatan Perbelanja­an Awam.

Beliau sudah mengadakan mesyuarat dengan beberapa agensi berkenaan bagi mengenal pasti mana-mana projek yang berkaitan.

Pihaknya bertanggun­gjawab kepada pembanguna­n dan manamana projek yang belum diusahakan atau belum bermula akan dikaji untuk ditunda atau dibatalkan.

 ?? ?? SIDANG DUN: Hajiji berbual dengan ketua pembangkan­g merangkap ADUN Senallang, Datuk Seri Shafie Apdal sebelum persidanga­n bermula semalam.
SIDANG DUN: Hajiji berbual dengan ketua pembangkan­g merangkap ADUN Senallang, Datuk Seri Shafie Apdal sebelum persidanga­n bermula semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia