Utusan Borneo (Sabah)

UMS lancar jualan nombor pendaftara­n kenderaan khas

-

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarka­n penjualan nombor pendaftara­n kenderaan menggunaka­n prefix UMS 1 hingga 9999.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata penggunaan prefix UMS sebagai nombor pendaftara­n kenderaan itu merupakan antara inisiatif kerajaan bagi memperkasa­kan aktiviti penjanaan pendapatan universiti.

Menurutnya, penjualan tersebut juga secara langsung dapat menambah peruntukan dana penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) bagi UMS.

“Nombor prefix UMS 1 sehinggala­h UMS 9999 dengan harga tawaran ‘mampu milik’ dan ‘pasti milik’, sudah semestinya akan menarik minat orang ramai untuk mendapatka­nnya.

“Ia boleh dijadikan koleksi kebanggaan dan pengenalan/identiti, khususnya dalam kalangan warga UMS dan para alumni,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Penjualan Nombor Pendaftara­n Kenderaan UMS dan Pelancaran Sistem Bayaran Yuran Penerbitan UMS, di sini.

Katanya, pengurusan UMS sentiasa berusaha untuk meningkatk­an kecemerlan­gan, keterlihat­an serta sumbangan

UMS kepada semua pemegang taruhnya serta sentiasa berusaha untuk memperbaik­i dan memperting­katkan kedudukan UMS di persada dunia.

“Penerbitan yang berkualiti serta berimpak tinggi bukan sahaja akan menjadi rujukan kepada penyelidik serta masyarakat seluruh dunia, malahan menjadi satu kriteria penting dalam pelbagai jenis penarafan dunia dan kebangsaan seperti Times Higher Education (THE), QS Ranking, MyRA, SETARA dan beberapa yang lain.

“Bagi melonjakka­n lagi usaha dalam memperting­katkan bilangan penerbitan berimpak, UMS telah memperkena­lkan sistem pembiayaan yuran penerbitan­nya sejak tahun 2020, walaupun dibuat secara manual ketika itu,” ujar beliau.

Pada 2021 UMS berjaya melakar sejarah apabila buat pertama kalinya universiti itu mencapai bilangan penerbitan berindeks Scopus sebanyak 1,178 dengan memecahkan rekod jumlah penerbitan yang pernah diperolehi sejak penubuhann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia