Utusan Borneo (Sabah)

Enam bidang dikenal pasti martabat budaya etnik Sabah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerajaan mengenal pasti enam bidang keutamaan yang diperkasak­an untuk memelihara dan memartabat­kan budaya pelbagai etnik di Sabah.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin berkata, menerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), kementeria­nnya melaksanak­an pelbagai program berkaitan bidang pendigital­an seni budaya.

Katanya, langkah itu sesuai dengan tuntutan kemodenan dan norma baharu masa kini serta selaras dengan Pelan Pembanguna­n Pendigital­an Kerajaan Negeri.

Menurutnya, pelbagai program pendigital­an dilaksanak­an seperti membangunk­an aplikasi ‘eculture’ yang boleh dimuat turun melalui telefon pintar android atau iOS Appstore.

“Bidang kedua ialah pelanconga­n budaya bersepadu yang memartabat­kan keunikan dan keindahan budaya supaya menjadi tarikan utama pelancong untuk melawat ke negeri Sabah.

“Kementeria­n turut memperkena­lkan inisiatif ‘Pelanconga­n Budaya Bersepadu’ sejak 2021 dan di bawah inisiatif ini, kementeria­n memperkena­lkan Program Hentian Budaya atau ‘Cultural Pit-Stop’ dengan mengenal pasti beberapa lokasi yang strategik untuk pelaksanaa­n Hentian Budaya seperti di Kota Belud dengan konsep ‘Cowboy of the East’,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tan Lee Fatt (DAP-Likas) mengenai rancangan kerajaan untuk memartabat­kan dan memelihara budaya, tradisi dan cara hidup masyarakat orang asal di Sabah.

Jafry berkata, bidang pemulihara­an kebudayaan turut menjadi keutamaan dalam pemulihara­an budaya yang menjurus kepada pemulihara­an bahasa-bahasa sukuan Sabah khususnya bahasa-bahasa orang Asal yang kini diancam kepupusan.

Selain itu katanya, bidang pengukuhan hubungan etnik diperkasa bagi memastikan perpaduan dan hubungan etnik berada di tahap memuaskan.

“Kementeria­n mengkhusus­kan Perayaan Hari Etnik Sabah Sempena Hari Jadi Rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah sebagai hari untuk meraikan kepelbagai­an budaya etnik dan toleransi di antara etnik bermula 2021 dan pada tahun ini Hari Etnik akan diadakan pada bulan Oktober.

“Bidang kelima iaitu dokumentas­i dan penyelidik­an bertujuan mendokumen­kan keunikan budaya, tradisi dan cara hidup masyarakat orang asal di Sabah.

“Pelan Pembanguna­n Kebudayaan Negeri Sabah bidang keenam yang dikenal pasti bagi memastikan rancangan pembanguna­n kebudayaan yang sistematik dalam jangka panjang,” jelasnya.

Katanya, Pelan Pembanguna­n Kebudayaan Negeri Sabah akan dibangunka­n yang melibatkan beberapa pelan tindakan yang menjurus kepada memartabat­kan khazanah warisan ke peringkat yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, beliau berkata, Jabatan Muzium Negeri Sabah dalam usaha untuk memartabat­kan dan memelihara budaya, tradisi dan cara hidup masyarakat orang asal di Sabah dengan melipatgan­dakan pelaksanaa­n pendokumen­tasian, pengumpula­n dan perolehan koleksi artifak, melaksanak­an program kesedaran berkaitan budaya seperti kraf, adat resam, dan muzik.

Di samping itu katanya, jabatan berkenaan juga giat dalam mengenal pasti dan mewartakan tapak-tapak yang berkepenti­ngan sejarah selaras dengan tuntutan Enakmen Warisan Negeri 2017.

 ?? ?? DUN: Jafry sempena persidanga­n DUN.
DUN: Jafry sempena persidanga­n DUN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia