Utusan Borneo (Sabah)

KTS anjur seminar Penjana Gas Nitrogen

- Oleh Hamzah Sanudin

LAHAD DATU: KTS yang merupakan pengedar tunggal produk Atlas Copco untuk Malaysia Timur sejak empat dekad lalu telah menganjurk­an seminar Penjana Gas Nitrogen, di sini semalam.

Seminar itu khas diadakan untuk memberi pengetahua­n kepada industri penapisan minyak sawit termasukla­h pemain utama sektor itu di Sandakan dan Lahad Datu.

Atlas Copco Nitrogen Gas Generator (NGP), adalah penjana lengkap dan automatik yang dapat menghasilk­an gas nitrogen untuk melindungi minyak masak daripada oksidatif dan pencemaran.

Ia memastikan kilang penapisan boleh bergantung pada bekalan gas nitrogen secara sendiri dan bukannya gas yang dibeli.

Sistem NGP mampu memberikan penjimatan yang ketara sehingga 80 peratus berbanding penjana nitrogen konvension­al lain kerana ia menawarkan kecekapan udara suapan yang optimum.

NGP ini adalah sepadan dengan penggunaan udaranya dengan keluaran nitrogen yang diperlukan oleh loji, malah sistemnya juga lengkap dan sedia untuk digunakan.

Ia juga memberikan ketulenan nitrogen daripada 95 sehingga 99.999 peratus, bergantung pada keperluan industri berkenaan.

Selain daripada industri minyak sawit, penjana nitrogen juga digunakan dalam pelbagai industri seperti makanan dan minuman, elektronik, farmaseuti­kal, pemotongan laser, ujian tekanan dan inflasi tayar.

Secara ringkasnya, Alas Copco NGP memberi jaminan kos pemilikan yang paling rendah dengan prestasi dan kebolehper­cayaan yang luar biasa.

Seminar yang dijalankan itu telah disampaika­n oleh Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Atlas Copco Malaysia, Tim Chua.

Sesiapa yang berminat dengan sistem N2 yang inovatif ini boleh menghubung­i Adam Ling, ditalian 011- 15346448, KTS Trading Sdn Bhd, Lahad Datu atau cawangan pejabat KTS lain.

Turut hadir Pengurus Jualan Bahagian Produk Industri KTS Trading Sdn Bhd, Michael Ting Sie Mee dan Pengurus Pengedaran Jualan Atlas Copco, Oscar Ling.

 ?? ?? SEMINAR: Penceramah dan peserta yang mengikuti seminar tersebut.
SEMINAR: Penceramah dan peserta yang mengikuti seminar tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia