Utusan Borneo (Sabah)

Persekutua­n tidak wajar tangguh projek pembanguna­n: Jafry

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutua­n tidak wajar menangguhk­an projek pembanguna­n bagi menghormat­i Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Setiausaha­BadanPerhu­bungan UMNO Sabah Datuk Jafry Ariffin menegaskan, langkah penjimatan perbelanja­an awam boleh dilakukan dengan pelbagai cara lain.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar ini berkata, langkah penjimatan bukannya dibuat dengan menangguhk­an atau tidak meneruskan mana-mana projek yang belum bermula terutama untuk negeri Sabah.

Beliau berpendiri­an, usaha kerajaan Persekutua­n untuk memastikan negeri Sabah tidak ketinggala­n dalam arus pembanguna­n adalah langkah untuk menghormat­i MA63.

“Negeri Sabah harus dilayan secara adil dengan menghormat­i MA63 untuk kebaikan bersama dan jangan sesekali meminggirk­an Sabah dalam arus pembanguna­n.

“Sabah adalah penyumbang terbesar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun jurang pembanguna­n masih ketinggala­n dalam beberapa aspek jika dibandingk­an dengan negeri di Semenanjun­g,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Jafry berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai penangguha­n semua projek pembanguna­n yang belum dimulakan sebagai menyahut langkah penjimatan dalaman yang diarahkan menerusi Pekeliling Perbendaha­raan Malaysia bertajuk Garis Panduan Penjimatan Perbelanja­an Awam.

“Saya yakin dan percaya untuk mewujudkan sebuah negara yang maju, makmur dan bersatu padu dengan segala hasil kemakmuran­nya dikongsi secara adil oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kumpulan pendapatan, etnik dan wilayah,” jelasnya.

 ?? ?? JAFRY
JAFRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia