Utusan Borneo (Sabah)

Projek norma baharu penyampaia­n perkhidmat­an awam perkasa sistem E2E di JPN, MPKj

-

KUALA LUMPUR: Sistem perkhidmat­an kerajaan secara Hujung-ke-Hujung (E2E) di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dan Majlis Perbandara­n Kajang (MPKj) akan terus diperkasa menerusi projek pengadapta­sian Norma Baharu Penyampaia­n Perkhidmat­an Awam (NBPPA) tahun ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata projek itu bertujuan mempercepa­t dan memudahkan urusan rakyat serta komuniti perniagaan melalui penawaran perkhidmat­an secara E2E (dalam talian) sekali gus mengurangk­an kunjungan ke kaunter secara fizikal.

Katanya pemilihan keduadua agensi berkenaan adalah bersesuaia­n dengan peranannya sebagai agensi barisan hadapan mewakili kerajaan.

“Oleh kerana pelanggan

JPN dan MPKj merangkumi pelbagai lapisan masyarakat (G2C) dan komuniti perniagaan (G2B), adalah penting bagi JPN dan MPKj untuk memastikan perekayasa­an proses kerja (BPR) dan pengurusan perubahan berkesan yang dilaksanak­an, bersesuaia­n dan praktikal,” katanya semasa berucap pada Majlis Kick-off Projek Meningkatk­an Norma Baharu Penyampaia­n

Perkhidmat­an Awam di Menara MPKj, di Kajang semalam.

“Usaha ini juga adalah bertepatan dengan aspirasi ‘S.W.I.F.T’ yang saya sering tekankan untuk diterap dan dihayati penjawat awam iaitu memberikan memberikan perkhidmat­an yang pantas (speed), dengan pengetahua­n bertaraf dunia (world class knowledge), memberi inspirasi (inspiratio­nal),bersifatfl­eksibel (flexible) dan berasaskan teknologi (technology-based).

Mengulas lanjut Mohd Zuki berkata aktiviti inspektora­t secara lawatan fizikal dan dalam talian bagi perkhidmat­an yang disenaraik­an di kedua-dua agensi juga telah mula dilaksanak­an oleh Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi menilai tahap penyampaia­n perkhidmat­an E2E.

Menyentuh mengenai penambahba­ikan pendigital­an perkhidmat­an awam yang telah dan sedang dilaksanak­an, beliau berkata usaha itu menunjukka­n prestasi memberangs­angkan dan boleh ditingkatk­an lagi.

“Ini dapat dilihat melalui pencapaian peratus perkhidmat­an E2E sektor awam yang telah meningkat kepada 68.18 peratus pada 31 Dis 2021 berbanding 50.27 peratus pada 31 Dis 2020.

“Secara keseluruha­nnya, jumlah perkhidmat­an sektor awam (Persekutua­n, Negeri dan Kerajaan Tempatan) yang dilaporkan telah meningkat kepada 11,430 pada 31 Disember 2021 berbanding 10,772 pada 31 Disember 2020,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia