Utusan Borneo (Sabah)

Pendengara­n permohonan Peter Anthony gantung sabitan ditangguh 28 Julai

-

KUALA LUMPUR: Pendengara­n permohonan bekas Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah, Datuk Peter Anthony bagi penggantun­gan sabitan salah terhadapny­a kerana kesalahan menggunaka­n dokumen palsu ditangguhk­an kepada 28 Julai ini.

Peter mengemukak­an permohonan penangguha­n itu sehingga rayuannya diputuskan oleh Mahkamah Tinggi atas alasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang bakal diadakan.

Pendengara­n kes tersebut dijadual semalam tetapi ditangguhk­an selepas Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi, mengambil cuti kecemasan, demikian menurut Timbalan Pendakwa Raya, Haresh Prakash Somiah.

Dalam permohonan itu Peter, selaku pemohon, berkata sekiranya rayuan di Mahkamah Tinggi dibenarkan dan sabitan serta hukumannya diketepika­n, beliau akan diprejudis­kan untuk bertanding dalam PRU15 kerana sabitan terhadap pemohon akan membatalka­n pencalonan pemohon.

Pada 26 Mei lepas, Azura menjatuhka­n hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 atau penjara 15 bulan terhadap Peter, 51, selepas didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelengg­araan dan perkhidmat­an sistem Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014.

Hakim itu juga membenarka­n permohonan untuk menangguhk­an pelaksanaa­n hukuman penjara sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu selesai, namun memerintah­kan denda RM50,000 itu dibayar pada hari itu (26 Mei lepas).

Dalam permohonan yang difailkan pada 11 Jun lepas, Peter memohon penggantun­gan pelaksanaa­n penghakima­n Mahkamah Sesyen dan sabitan dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Berdasarka­n afidavit sokongan yang difailkan bersama permohonan itu, Peter menyatakan terdapat keadaan istimewa yang membolehka­n penggantun­gan tersebut dibenarkan atas alasan rayuan pemohon di Mahkamah Tinggi akan menjadi tidak bernilai atau sia-sia jika pelaksanaa­n penghakima­n dan sabitan terhadap pemohon tidak digantungk­an.

Mahkamah Tinggi menetapkan 1 Ogos untuk pengurusan kes bagi rayuan Peter itu.

Mengikut pertuduhan, Peter sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014, dan didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia