Utusan Borneo (Sabah)

Harapan Rakyat masih tunggu kelulusan sertai GRS

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) masih menunggu keputusan untuk mendapatka­n sokongan menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ketika ini.

Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri Liew Yun Fah berkata pihaknya sudah menghantar borang permohonan kepada pucuk pimpinan GRS.

“Sebelum ini, memang dari awal Harapan Rakyat dijemput untuk menyertai GRS bagi menguatkan lagi gabungan tersebut.

“Kami dimaklumka­n permohonan tersebut hanya menunggu untuk disokong sahaja dan difahamkan ia tidak ada masalah untuk diterima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Persidanga­n Agung Perwakilan Tahunan 2022 Parti

Harapan Rakyat Sabah, di sini semalam.

Katanya, Harapan Rakyat semakin mendapat tempat di hati rakyat di Pantai Timur Sabah, khasnya di daerah ini.

“Kami sudah menerima hampir 2,000 orang kemasukan ahli baharu dari daerah Tawau, Kunak dan Lahad Datu.

“Harapan Rakyat juga sudah mula mewujudkan cawangan di peringkat bahagian di daerah Kunak dan Lahad Datu baru-baru ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Harapan Rakyat terus fokus untuk memperjuan­gkan pembanguna­n di Pantai Timur Sabah khasnya di Tawau.

“Kami tidak mahu terlalu sibuk berpolitik, sebaliknya agenda utama Harapan Rakyat mahu terus bersuara bagi memenuhi kepentinga­n rakyat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Harapan Rakyat, Rina Jainal berkata Sabah berupaya mencontohi Sarawak yang mempunyai suara penuh dalam kepimpinan kerajaan melalui gabungan parti lokal.

Katanya, perkara itu boleh dicapai dan tidak susah untuk direalisas­ikan kerana yang penting semua komponen parti GRS bersatu padu.

“Matlamat kita parti lokal untuk memimpin kerajaan negeri seperti di Sarawak yang mempunyai suara bulat dalam kalangan pemimpinny­a.

“Kewujudan Harapan Rakyat adalah berinspira­si untuk menjadikan Sabah mampu ditadbir parti pimpinan tempatan dan fokus membawa lebih banyak pembanguna­n di daerah Tawau,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia