Utusan Borneo (Sabah)

LDP beri sokongan penuh semua calon GRS

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Semua ahli Parti Liberal Demokratik (LDP) perlu memberikan sokongan penuh kepada setiap calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Timbalan Presiden LDP Datuk Yong Wui Chung berkata, sokongan padu itu penting dalam usaha memastikan kemenangan besar memihak kepada parti tempatan Sabah seperti yang berlaku di Sarawak.

“Dengan adanya usaha ini, kita mampu memiliki kuasa rundingan mengenai hak serta kepentinga­n negeri ini daripada kerajaan persekutua­n.

“Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor terbukti seorang pemimpin yang berkeboleh­an dalam memimpin kerajaan negeri GRS,” katanya ketika berucap pada Persidanga­n Bersama LDP Pantai Barat di sini, kelmarin. Beliau berkata, kerajaan negeri juga telah memperuntu­kan RM10 juta bagi membantu usahawan belia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 menerusi Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS).

“Kami berharap permohonan untuk SYABAS dapat dimudahkan agar lebih ramai belia Sabah dapat manfaat daripadany­a.

“LDP juga menyokong penuh dasar GRS yang menggalakk­an penglibata­n belia dalam pembanguna­n ekonomi menerusi pendidikan, pembanguna­n modal insan dan ekosistem perniagaan,” katanya.

Dalam pada itu, Yong juga berharap kerajaan yang lebih stabil dalam dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Katanya, Malaysia telah mengalami ketidaksta­bilan politik sejak 2018 yang dapat dilihat apabila Perdana Menteri telah bertukar sebanyak tiga kali dalam tempoh lima tahun.

“Keadaan ini tidak mesra pelabur kerana mereka hilang keyakinan terhadap kestabilan negara ini.

“Kekurangan pelabur asing akan menjejaska­n pembanguna­n negara kita seterusnya menyebabka­n Malaysia tidak berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata, ketidaksta­bilan politik memberikan kesan negatif kepada pembanguna­n negara dan diharapkan satu kerajaan yang lebih stabil dalam ditubuhkan nanti.

 ?? ?? PERSIDANGA­N: Liew (dua kanan) ketika menghadiri persidanga­n parti tersebut.
PERSIDANGA­N: Liew (dua kanan) ketika menghadiri persidanga­n parti tersebut.
 ?? ?? KENANGAN: Yong (kiri) ketika menyampaik­an ucapan ketika dalam persidanga­n berkenaan.
KENANGAN: Yong (kiri) ketika menyampaik­an ucapan ketika dalam persidanga­n berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia