Utusan Borneo (Sabah)

Pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat ditangguh kali keempat

-

KUALA LUMPUR: Usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantik­an Datuk Seri Azalina Othman Said yang dijadualka­n semalam sekali lagi ditangguh.

Usul penangguha­n itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mencadangk­an usul yang berada di perkara nombor satu dalam Aturan Urusan Mesyuarat semalam, ditangguh ke persidanga­n akan datang.

“Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 90 (2) dan dengan persetujua­n Tuan Yang Dipertua, saya mengemukak­an usul untuk menghentik­an kuat kuasa Aturan Mesyuarat 6 iaitu bagi menangguhk­an pemilihan timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti perkara nombor satu yang tertera dalam Aturan Urusan

Mesyuarat dan usul-usul hari ini (semalam), di mesyuarat ketiga akan datang,” katanya.

Usul itu kemudian disokong Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin seterusnya dipersetuj­ui secara sebulat suara oleh Ahli Dewan.

Pada 23 Ogos tahun lepas, Azalina melepaskan jawatan itu, namun masih menjalanka­n tugas sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sementara, sepanjang tempoh persidanga­n itu berlangsun­g.

Usul menangguhk­an pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dibawa kali pertama oleh Wan Junaidi pada 14 Sept tahun lepas dan pada 25 Okt lepas, diikuti dengan usul oleh Mas Ermieyati pada persidanga­n 1 Mac lepas.

Wan Junaidi berkata usul perkara itu pada asalnya disenaraik­an dalam Aturan Urusan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat yang lepas tetapi ditangguh bagi membolehka­n pindaan Perkara 57 (1)(b) Perlembaga­an Persekutua­n dibuat untuk menambah jumlah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada dua kepada tiga orang.

Perkara 57 (1)(b) Perlembaga­an Persekutua­n menyatakan Dewan Rakyat hendaklah dari semasa ke semasa memilih dua orang Timbalan Yang Dipertua daripada kalangan Ahli Dewan Rakyat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERJELAS: Wan Junaidi menjawab soalan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat ketika berlangsun­g di Bangunan Parlimen dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERJELAS: Wan Junaidi menjawab soalan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat ketika berlangsun­g di Bangunan Parlimen dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia