Utusan Borneo (Sabah)

Seramai 140,000 keluarga miskin tegar dikeluarka­n daripada senarai dalam tempoh tiga tahun setengah

-

KUALA LUMPUR: Kirakira 140,000 keluarga miskin tegar di Malaysia akan dikeluarka­n daripada senarai kelompok itu dalam tempoh tiga tahun setengah melalui program-program yang dapat meningkatk­an pendapatan mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurutnya pemantauan secara berkala dan tersusun akan dilakukan setiap bulan dan langkah-langkah intervensi akan dijalankan sekiranya diperlukan.

“Kita juga akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keluarga miskin tegar ini dapat keluar daripada senarai berkenaan,” katanya semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam), yang meminta Perdana Menteri menyatakan bilangan rakyat dikategori­kan sebagai miskin tegar bagi tempoh 2020 sehingga kini, serta langkah kerajaan bagi menghapusk­an kemiskinan tegar.

Mustapa berkata 44,829 ketua isi rumah dikategori­kan sebagai miskin tegar pada tahun 2020 berdasarka­n Bank Data Kemiskinan Nasional atau eKasih yang diuruskan oleh Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n di Jabatan Perdana Menteri.

“Bagaimanap­un susulan penggunaan metodologi pendapatan garis kemiskinan 2019 serta impak pandemik COVID-19, bilangan miskin tegar telah meningkat kepada 144,932 ketua isi rumah setakat 30 Jun 2022,” katanya.

Beliau berkata Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) adalah pelengkap kepada program sedia ada untuk menangani isu kemiskinan merentasi semua etnik dalam Keluarga Malaysia.

“BMTKM akan dilaksanak­an di 1,000 lokaliti dalam tempoh tiga tahun enam bulan. Fasa pertama telah mula dilaksanak­an pada bulan Jun 2022 melibatkan 80 lokaliti secara rintis,” katanya.

Beliau berkata program yang akan dilaksanak­an adalah untuk meningkatk­an pendapatan yang merangkumi projek-projek pertanian, penternaka­n, keusahawan­an, pemasaran serta pembanguna­n minda dan motivasi.

“Anggaran pendapatan tambahan yang akan dijana adalah di antara RM300 hingga RM1,000 sebulan,” katanya. — Bernama

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia