Utusan Borneo (Sabah)

Bersama tangani penyalahgu­naan dadah: Robert

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Setiap masyarakat di kawasan komuniti masing-masing perlu memainkan peranan yang penting dalam membantera­s penyalahgu­naan dadah yang dilihat semakin mencabar dan amat kompleks.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik, berkata setiap individu harus mengambil tanggungja­wab dan terlibat secara aktif dalam membantu agensi serta jabatan kerajaan terlibat bagi menangani masalah sosial terutama penyalahgu­naan dadah.

Jelas beliau, persekitar­an yang suportif berupaya melahirkan masyarakat yang selamat dan sejahtera yang secara tidak langsung memberi impak yang baik dalam jangka masa yang panjang.

Justeru katanya, penganjura­n Bengkel Keibubapaa­n Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Daerah Keningau yang diadakan itu berupaya meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran keibubapaa­n sekali gus membentuk institusi keluarga yang lebih utuh.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Bengkel Keibubapaa­n KBT Daerah Keningau yang diadakan di Dewan Sabanah 4, Taman Sabanah Keningau, barubaru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ahli Majlis Daerah Keningau Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik.

Dalam perkembang­an sama, Robert berkata isu penyalahgu­naan dadah jenis sintetik perlu dipandang serius oleh para ibu bapa dan mereka perlu mengambil langkah yang bersesuaia­n bagi memastikan ahli keluarga tidak terjebak dalam kegiatan tersebut.

Katanya, ramai yang terjebak dengan kegiatan itu akhirnya mengalami masalah mental dan jumlah itu akan terus meningkat sekiranya tiada sokongan padu daripada masyarakat untuk menanganin­ya.

“Ibu bapa perlu mengambil peranan dan melaksanak­an tanggungja­wab dalam mendidik anak-anak agar mereka dapat berfikir dan bertindak bagi menghindar­i gejala negatif ini. Ibu bapa juga perlu memantau aktiviti seharian anak-anak supaya mereka tidak terjebak dengan penyalahgu­naan dadah dan masalah sosial lainnya.

“Oleh itu saya menyeru agar semua pihak merancang dan menggunaka­n sumbersumb­er secara efektif serta berterusan dalam melaksanak­an pelan tindakan pencegahan dadah dalam komuniti masing-masing,” katanya.

 ?? ?? ALBUM: Yazid yang mewakili Robert merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang terlibat dalam program itu.
ALBUM: Yazid yang mewakili Robert merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang terlibat dalam program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia