Utusan Borneo (Sabah)

Semua pemimpin perlu bersatu kekalkan kedaulatan Sabah

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Semua wakil rakyat negeri perlu bersatu hati dalam usaha mengekalka­n kedaulatan negeri Sabah dan isu tuntutan Sulu.

Ketua Penerangan BERSATU Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata semua wakil rakyat tidak kira di Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri perlu bersama dalam isu tuntutan Sulu yang tidak mempunyai penghujung­nya.

“Perkara ini melibatkan kedaulatan negeri kita dan hal sebegini tidak boleh dibincangk­an dengan melihat kepada perbezaan, sudut pandang yang negatif serta saling menyalahka­n satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, semua pemimpin Sabah tidak boleh menjadikan perbezaan fahaman politik sebagai halangan untuk bersatu dalam menyuaraka­n isu Sulu dan kedaulatan Sabah.

“Jangan lihat perbezaan fahaman kita, ideologi kita atau apa-apa pendirian kita dalam perjuangan politik, isu Sulu dan tuntutan mereka adalah isu kita bersama, Sabah negeri kita.

“Kita mesti bersama dalam mempertaha­nkan kedaulatan negeri dan negara kita Malaysia,” katanya.

Menurutnya, semua pemimpin Sabah wajar mencari penyelesai­an dan menetapkan pendirian bersama dalam usaha bagi membincang­kan isu tuntutan Sulu.

Dalam pada itu, Khairul berkata pelbagai persoalan dan permasalah­an daripada tuntutan kerajaan Sulu terhadap Sabah sangat wajar dibincangk­an kerana ia amat berkait rapat dengan kedaulatan Sabah.

“Memang banyak persoalan yang perlu kita bincang dan cungkil, dari kes penceroboh­an di Lahad

Datu, kini bangkit isu tuntutan aset negara, berkenaan aset Petronas yang dirampas.

“Dan wajar untuk semua pemimpinSa­bahbersama­bangkit untuk isu ini dan meminta penjelasan serta penyelesai­an untuk titik penamat kepada permasalah­an ini.

“Ya, kita faham dan diberitahu bahawa segala tuntutan Sulu adalah tidak diiktiraf oleh kerajaan, namun sampai bila perkara ini akan terus berlanjuta­n tanpa menemui titik noktahnya,” katanya.

Tegasnya, kerajaan persekutua­n wajar membahaska­n isu tersebut dan pemimpinpe­mimpin Sabah harus tampil sebagai wira bagi negeri untuk memperjuan­gkan isu berkenaan bagi dibahaskan.

Katanya lagi, perbincang­an tentang tuntutan ini perlu diteliti sedalamdal­amnya dan diatasi secepat mungkin kerana ia kini telah menyebabka­n rampasan aset Petronas di luar negara.

 ?? ?? KHAIRUL
KHAIRUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia