Utusan Borneo (Sabah)

Individu sihat 50-59 tahun boleh dapatkan dos penggalak kedua

Perlindung­an optimum populasi Malaysia terhadap COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Individu sihat berumur 50 hingga 59 tahun kini diberi pilihan untuk mendapatka­n dos penggalak kedua vaksin COVID-19, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu berdasarka­n syor Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) di bawah Kementeria­n Kesihatan (KKM) untuk perlindung­an daripada risiko penyakit yang teruk akibat COVID-19.

“KKM telah meningkatk­an peratusan individu yang layak menerima vaksin dos penggalak bagi mengurangk­an penularan jangkitan, jangkitan serius serta kematian.

“KKM menggesa agar semua individu yang layak tampil untuk mendapatka­n perkhidmat­an ini supaya populasi Malaysia mendapat perlindung­an yang optimum terhadap penyakit COVID19,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau menjawab soalan

Datuk Rubiah Wang (GPSKota Samarahan) mengenai keadaan terkini ancaman varian baharu COVID-19 dan tindakan KKM menghadapi­nya.

Antara golongan yang layak menerima dos penggalak kedua sebelum ini adalah individu berumur 60 tahun ke atas dengan komorbidit­i berisiko tinggi serta individu berumur 60 tahun ke atas tanpa komorbidit­i serta mendapat saranan daripada pengamal perubatan.

Selain itu, warga emas yang tinggal di fasiliti penjagaan jangka panjang, individu berumur 18 hingga 59 tahun yang berisiko tinggi serta petugas barisan hadapan juga layak mendapat dos penggalak kedua.

Dalam pada itu, Khairy berkata KKM juga sedang melihat kepada penghasila­n vaksin generasi baharu yang mungkin akan ke pasaran serta mendapat kelulusan badan regulatori kesihatan.

“Sekiranya didapati vaksin yang dibangunka­n untuk varian seperti Omicron ini berkesan dan selamat, mungkin perolehan boleh dipertimba­ngkan untuk masa akan datang,” katanya menjawab soalan tambahan Rubiah mengenai sejauh mana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dijalankan sebelum ini membolehka­n negara berhadapan dengan varian baharu yang datang. — Bernama

“KKM telah meningkatk­an peratusan individu yang layak menerima vaksin dos penggalak bagi mengurangk­an penularan jangkitan, jangkitan serius ” serta kematian.

Khairy Jamaluddin Menteri Kesihatan

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Khairy menjawab soalan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama BINCANG: Khairy menjawab soalan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia