Utusan Borneo (Sabah)

Isu beku pekerja asing: Malaysia setuju secara dasar integrasik­an sistem dengan Indonesia

-

KUALA LUMPUR: Malaysia bersetuju secara dasar untuk mengintegr­asikan sistem dengan Indonesia berhubung pengambila­n pekerja asing ke negara ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata langkah itu bagi membolehka­n kedua-dua negara mempunyai maklumat mengenai kemasukan pekerja Indonesia ke Malaysia.

“Apabila kita mengadakan perbincang­an dengan pihak Indonesia, mereka cadangkan guna One Channel System yang sedia ada di Indonesia... buat masa ini, kita melalui Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) gunakan Sistem Maid Online yang Indonesia berpendapa­t mereka tiada pengetahua­n mengenai pekerja dari Indonesia masuk ke Malaysia.

“Dengan adanya One Channel System mereka akan dapat memantau dan setelah kita berbincang dengan KDN, kita bersetuju dari segi dasar untuk mengintegr­asikan sistem sedia ada dengan KDN dan sistem yang dicadangka­n oleh Indonesia supaya kedua-dua negara akan ada maklumat,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan

Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Steven Choong

Shiau Yoon (PBM-Tebrau) mengenai kesan pembekuan sementara pekerja asing dari Indonesia terhadap sektor-sektor yang memerlukan serta jangka masa bagi menyelesai­kan perkara itu.

Saravanan berkata isu pembekuan sementara pekerja asing dari Indonesia itu dijangka diselesaik­an dalam masa terdekat.

Beliau berkata pihaknya sedar industri di negara ini memerlukan pekerja asing dalam kadar segera.

Menjawab soalan tambahan Loke Siew Fook (PH-Seremban) mengenai sama ada terdapat syarat pemansuhan Sistem Maid Online dalam Memorandum Persefaham­an Malaysia dan Indonesia, Saravanan berkata tiada sebarang syarat untuk memansuhka­n sistem sedia ada.

Saravanan memaklumka­n Memorandum Persefaham­an Malaysia dan Indonesia mengenai Pengambila­n dan Penempatan Pekhidmat Domestik Indonesia telah ditandatan­gani pada 1 April lepas.

Memorandum persefaham­an itu membuka laluan kepada kemasukan pekerja Indonesia untuk sektor-sektor lain yang dibenarkan bagi penggajian pekerja asing termasuk pekhidmat domestik Indonesia.

Namun pada 12 Julai lepas, kerajaan Indonesia mengumumka­n penangguha­n sementara kemasukan pekerja warga Indonesia ke Malaysia ekoran daripada kekeliruan yang timbul dalam mekanisme pengambila­n pekhidmat domestik Indonesia ke negara ini.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumka­n perbincang­an kerajaan dan pihak Indonesia mengenai isu pembekuan pekerja asing dari negara itu sudah dimulakan, kelmarin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB SOALAN: M.Saravanan pada sesi soal jawab pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama JAWAB SOALAN: M.Saravanan pada sesi soal jawab pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia