Utusan Borneo (Sabah)

Ronaldo berkemungk­inan lanjutkan kontrak: Ten Hag

-

LONDON: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag berkata bahawa Cristiano Ronaldo mungkin akan melanjutka­n kontraknya di kelab.

Pengurus baharu United itu menolak kemungkina­n Ronaldo akan meninggalk­an kelab pada musim panas ini walaupun cadangan bahawa penyerang itu mahu meninggalk­an kelab untuk terus beraksi dalam Liga JuaraJuara.

Ten Hag berkata, dia merancang untuk menyenarai­kan penyerang berusia 37 tahun itu dalam skuadnya untuk musim baharu. Apabila ditanya sama ada dia mungkin terus kekal di kelab selepas itu, Ten Hag berkata ia satu kemungkina­n — terutama sekali kerana dia berada dalam tekanan untuk memberikan kejayaan segera.

“Saya amat menyedari bahawa dia mempunyai pilihan lanjutan kontrak (sehingga 2024,” kata Ten Hag.

“Apa yang pasti saya menandatan­gani kontrak di sini untuk tiga tahun tetapi dalam bola sepak, ia juga tempoh jangka pendek. Kami harus menang dari awal. Jadi saya tidak melihat terlalu jauh ke hadapan. Saya mempunyai satu strategi, ia satu proses, ia mengambil masa tetapi pada akhirnya kami harus memastikan dari awal bahawa ada skuad yang mampu menang.”

Ronaldo belum menjalani latihan bersama United dan turut tidak bersama United untuk jelajah pramusim ke Australia selepas diberikan kebenaran untuk tidak bersama-sama pasukan dalam jelajah ke Thailand dan Australia kerana isu keluarga.

Ten Hag mengakui dia tidak tahu bila pemain itu akan melaporkan diri untuk latihan tetapi tidak menolak bahawa pemain itu akan diturunkan dalam kesebelasa­n utama untuk perlawanan pertama musim baharu menentang Brighton pada 7 Ogos depan.

“Dia menjalani latihan,” kata Ten Hag. “Saya fikir kita semua tahu Ronaldo adalah seorang yang sangat profesiona­l dan dia akan cergas, ia perkara terakhir yang saya risaukan.”

Ronaldo menjaringk­an 24 gol musim lepas tetapi masih menjadi agenda utama perdebatan sama ada dia dapat bermain dalam sebuah pasukan dibina untuk mengasak lawan, terutama sekali ketika di bawah kendalian bekas jurulatih Ralf Rangnick.

Ten Hag juga mahu pasukannya mengasak lebih berkesan tetapi berkata, dia tidak bimbang sama ada Ronaldo mampu menjalanka­n tugas atau tidak.

“Saya fikir Cristiano mampu melakukann­ya,” tambah Ten Hag. “Dalam kariernya, dia sudah menunjukka­n segala-galanya.

“Saya menetapkan sasaran. Kami mahu bermain dengan cara tertentu. Pemain hebat boleh menyumbang dan Ronaldo adalah pemain kelas dunia dalam skuad kami.

“Pemain menyesuaik­an diri dengan cara anda bermain. Terutama sekali pemain yang menjaringk­an gol kerana mereka adalah sangat penting kepada pasukan. Anda membina pasukan di sekeliling mereka.” — AFP

 ?? ?? TEN HAG
TEN HAG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia