Utusan Borneo (Sabah)

Lewandowsk­i teruja, azam untuk kembalikan kegemilang­an Barca

-

MADRID: Penyerang antarabang­sa Poland, Robert Lewandowsk­i berkata pada Isnin bahawa dia tidak sabar untuk bersama pasukan baharu Barcelona dan berazam untuk membantu mereka “kembali ke kemuncak saingan dan memenangi seberapa banyak kejuaraan yang dia mampu”.

“Saya akhirnya di sini. Saya berasa gembira untuk berada di Barca,” kata bekas bintang Bayern Munich ketika memberitah­u TV Barca selepas menyertai rakan sepasukan baharu di Miami, di mana Barcelona memulakan jelajah pramusim di Amerika Syarikat (AS) di mana mereka akan bermain empat perlawanan persahabat­an pada minggu ini.

“Beberapa hari yang lalu adalah panjang tetapi akhirnya satu persetujua­n dicapai. Saya sudah bersedia untuk cabaran baharu,” kata pemain berusia 33 tahun itu.

“Saya sentiasa mahu bermain dalam La Liga dan bersama pasukan gergasi, jadi Barca adalah satu peluang yang hebat untuk saya.

“Saya di sini untuk membantu Barca kembali ke kemuncak dan memenangi seberapa banyak kejuaraan yang saya mampu.”

Kali terakhir Barca memenangi kejuaraan domestik ialah pada 2019 dan kejuaraan terakhir Liga Juara-Juara ialah pada 2015.

Pada hujung minggu lepas, Bayern Munich mengumumka­n bahawa mereka sudah mencapai persetujua­n dengan Barcelona untuk perpindaha­n Lewandowsk­i selepas dua bulan rundingan di antara kedua-dua kelab.

Lewandowsk­i dilaporkan bersetuju dengan kontrak empat tahun bernilai 50 juta euro, termasuk tambah nilai kemungkina­n lima juta euro.

Dia merupakan pemain baharu keempat tiba di Camp Nou pada musim panas ini selepas pemain tengah Franck Kessie dari AC Milan, pemain pertahanan Andreas Christense­n dari Chelsea dan rakan penyerang Raphinha dari Leeds United.

Kelab juga melanjutka­n kontrak pemain sayap, Ousmane Dembele sehingga 2024. — AFP

 ?? ?? LEWANDOWSK­I
LEWANDOWSK­I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia