Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lembu dikorban di Surau Al Jannah, Taman Sepanggar

-

KOTA KINABALU: Seperti biasa pada Hari Raya Aidiladha di merata tempat di seluruh dunia termasuk di Malaysia, ibadah korban sememangny­a sudah menjadi ibadah utama dalam kalangan umat Islam.

Begitulah yang telah terlaksana di Surau Al Jannah, Taman Sepanggar kira-kira 15 kilometer dari Bandar Raya Kota Kinabalu.

Aktiviti menyembeli­h binatang korban sudah mula diadakan oleh umat Islam di perumahan kawasan berkenaan setelah terhenti hampir dua tahun akibat COVID19.

Tahun ini, Ahli Jawatan Kuasa Surau Al Jannah berkesempa­tan melaksanak­an ibadah berkenaan dengan menerima sebanyak tiga ekor lembu yang melibatkan peserta seramai 21 orang.

Surau Al Jannah juga amat bertuah kerana pada tahun ini mendapat seekor lembu korban sumbangan daripada Menteri Sains dan Teknologi Sabah, Datuk Yakub Khan merangkap ADUN N.12 Karambunai.

Sehari sebelum majlis ibadah dilaksanak­an satu taklimat berhubung pengurusan ibadah korban dan tatacara menumbang, melapah dan pembahagia­n daging telah disampaika­n oleh Timbalan

Pengerusi Surau Al Jannah Taman Sepanggar, Amat Jutrah Haji Musnih.

Amat Jutrah berkata tujuan taklimat berkenaan adalah sebagai panduan memudahkan kerja-kerja pengurusan ibadah kurban.

Taklimat berkenaan menjurus kepada keseluruha­n teknik dan cara untuk mengurus memudahkan pembahagia­n.

Katanya, teknik yang digunakan untuk mengurus ibadah korban adalah hasil penglibata­n beliau semasa berkhidmat di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan mengikuti kursus pengurusan korban.

“Alhamdulil­lah berkat dengan taklimat berkenaan segala urusan korban telah dapat dilaksanak­an dengan baik,” katanya.

Pengerusi Surau Al Jannah Tasse Bukhari berkata beliau amat berterima kasih kepada semua jemaah Surau Al Jannah serta penduduk beragama Islam kerana telah memberikan kerjasama yang terbaik bersama para petugas ibadah korban.

“Kita akan teruskan ibadah seperti ini pada masa akan datang dengan lebih baik lagi.

“Apa yang saya harapkan ialah kerjasama sepert ini perlu diteruskan lagi,” katanya.

 ?? ?? KERJASAMA: Petugas wanita jemaah Surau Al Jannah Taman Sepanggar.
KERJASAMA: Petugas wanita jemaah Surau Al Jannah Taman Sepanggar.
 ?? ?? MUAFAKAT: Ibadah korban mengeratka­n jemaah surau.
MUAFAKAT: Ibadah korban mengeratka­n jemaah surau.
 ?? ?? SOKONGAN: Sebahagian AJK Surau Al Jannah selepas selesai solat Sunat Hari Raya Aidiladha.
SOKONGAN: Sebahagian AJK Surau Al Jannah selepas selesai solat Sunat Hari Raya Aidiladha.
 ?? ?? KOMITED: Pengerusi Surau Al Jannah, Tasse Bukhari (kanan) dan Timbalanny­a, Amat Jutrah.
KOMITED: Pengerusi Surau Al Jannah, Tasse Bukhari (kanan) dan Timbalanny­a, Amat Jutrah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia