Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan MSSWPL Ke-21 lahir atlet berpotensi

-

LABUAN: Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias, berkata sukan telah mengajar dan mendidik semua murid untuk menyelami erti perpaduan, bekerjasam­a dan menanam rasa cinta kepada negara selain menyatukan warga antara sekolah merentasi garis-garis kaum dan agama.

“Saya menyeru agar semua murid terus bergiat aktif dalam bidang sukan bagi melahirkan lebih ramai pelapis sukan dalam acara olahraga terutamany­a sebagai pengganti atlet yang ada ketika ini,” katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Sukan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan (MSSWPL) yang ke-21 yang diadakan di Kolej Matrikulas­i Labuan pada 12 hingga 16 Julai 2022.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Labuan, Yusup Mohamad.

Kejohanan tersebut disertai 12 sekolah menengah dan 17 sekolah rendah yang melibatkan lebih 888 atlet yang menyertai pelbagai acara padang dan balapan.

Kejayaan pelaksanaa­n sukan terbesar peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan ini dikendalik­an oleh Pengerusi Pengelola SMK Lajau dan Pengerusi Bersama Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun serta gabungan tenaga oleh lebih 200 guru yang bertugas dan hampir 70 petugas murid selain bantuan daripada pihak luar seperti Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Labuan.

Objektif pelaksanaa­n Sukan Olahraga ini adalah untuk memilih atlet dan membentuk Kontinjen Labuan ke MSSM yang dijadualka­n pada pertengaha­n September depan.

Selain itu, untuk memperkemb­angkan potensi murid dalam sukan olahraga dan sebagai pendedahan kepada murid situasi sebenar pertanding­an pada peringkat yang lebih tinggi.

Kejayaan kejohanan sukan pada tahun ini juga mendapat sokongan daripada pihak lain dan individu terlibat dengan memberikan beberapa tajaan seperti penggunaan Venue Kejohanan oleh Kolej Matrikulas­i Labuan, penggunaan kanopi oleh sekolahsek­olah yang terlibat untuk menempatka­n kedudukan atlet, minuman untuk atlet dan petugas yang ditaja oleh Restoran Luaskan SeleraMu dan Mc.Donald’s Labuan Airport.

Sementara itu, kontinjen SMK Lajau dengan atlet seramai 27 orang yang diketuai oleh Pengetuany­a, Siti Aminah Zakaria telah melakukan ‘Come Back’ dengan melakar sejarah baharu sebagai hadiah sempena Ulang Tahun ke-25 SMK Lajau.

Kejayaan yang diraih memberikan senyuman lebar buat warga SEMELA selepas meraih tujuh pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Pungutan pingat yang diperolehi ini berjaya meletakkan SMK Lajau pada kedudukan keempat daripada 12 sekolah menengah.

Kejayaan ini juga semakin bermakna dengan kejayaan Mohd Hadi Mohd Hazlan dinobatkan sebagai Olahragwan Lelaki Bawah 18 Tahun.

Mohd Hadi telah mengulangi sejarah yang pernah diciptanya pada 2020 dengan menggondol tiga pingat emas dalam acara 200 meter, 400 meter dan 800 meter.

Anak jati Wilayah Persekutua­n Labuan ini juga pernah mencipta rekod baharu dalam acara 400 meter pada 2020.

Kejayaan yang diraih oleh atlet-atlet SMK Lajau khususnya dan warga SMK Lajau amnya pada tahun ini adalah selaras dengan moto yang dilaungkan warganya iaitu SEMELA Sederap Meluncur Laju, 1 Team 1 Dream, SEMELA NO1.

 ?? ?? HEBAT: Pasukan P15 SMK Lajau mendapat tempat pertama acara 4 x 100 meter.
HEBAT: Pasukan P15 SMK Lajau mendapat tempat pertama acara 4 x 100 meter.
 ?? ?? TERBAIK: Bashir (depan, dua kanan) dan Yusup (tiga kiri) bersama Kontinjen SMK Lajau.
TERBAIK: Bashir (depan, dua kanan) dan Yusup (tiga kiri) bersama Kontinjen SMK Lajau.
 ?? ?? GEMBIRA: Kontinjen SMK Lajau meraikan kejayaan menduduki tempat keempat keseluruha­n.
GEMBIRA: Kontinjen SMK Lajau meraikan kejayaan menduduki tempat keempat keseluruha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia