Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia paling mudah dikunjungi pelancong era pascapande­mik

-

KUALALUMPU­R:Malaysia adalah salah satu negara yang paling mudah untuk dilawati dalam era pascapande­mik (COVID-19), kata Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata ini termasuk kelonggara­n prosedur operasi standard (SOP) bermula 1 Mei lalu dengan pengembara yang telah lengkap divaksinas­i dan individu bawah 17 tahun dikecualik­an daripada ujian COVID-19 prapelepas­an dan semasa ketibaan.

“Polisi perlindung­an insurans bukan prasyarat untuk warga asing memasuki negara ini,” katanya pada jamuan malam menjalin rangkaian dengan Persatuan EjenEjen Pelanconga­n Thailand (TTAA) di sini, kelmarin.

Nancy berkata Malaysia menyasarka­n untuk meningkatk­an kesedaran tentang bandar raya bersejarah Melaka sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO dan pengiktraf­an tersebut diharap dapat meningkatk­an lagi kedatangan warga Thailand.

“Thailand adalah seperti abang besar kami dan kekal sebagai salah satu pasaran jarak dekat,” katanya.

Nancy berkata Malaysia merekodkan lebih 1.8 juta ketibaan pelancong Thailand pada 2019 dengan hampir 70 peratus adalah pengembara berulang untuk bercuti, membeli-belah dan melawat rakan dan saudara mara mereka.

Beliau berkata aktiviti popular pelancong Thailand ialah bersiar-siar di bandar, membeli-belah dan melawat tapak bersejarah termasuk muzium dan negeri yang paling banyak dikunjungi ialah Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.

“Kami (Malaysia dan Thailand) bukan sahaja akrab sebagai negara jiran, tetapi Malaysia juga destinasi nilai untuk wang,” kata Nancy.

Bercakap kepada pemberita selepas acara itu, Nancy berkata Malaysia menyasarka­n dua juta pelancong Thailand melawat negara ini menjelang akhir tahun ini.

Nancy berkata Malaysia mungkin menyemak semula bilangan kedatangan pelancong pada September ini memandangk­an jumlah pelancong yang datang ke negara ini adalah menggalakk­an pada masa ini.

Malaysia pada mulanya menyasarka­n ketibaan dua juta pelancong sejak negara itu membuka semula sempadanny­a pada 1 April.

Jumlah itu meningkat kepada 4.5 juta pelancong bulan lepas dan penyumbang utama ketibaan pelancong ialah dari Singapura diikuti India dan Thailand.

Sementara itu, presiden TTAA, Charoen Wangananon­t, dalam ucapan terima kasihnya, menyatakan komitmenny­a untuk mempromosi­kan Malaysia khususnya Melaka kepada rakyat Thailand.

Tourism Malaysia berkata seramai 97 anggota delegasi TTAA, pengusaha pelanconga­n dan media telah dijemput untuk lawatan suai kenal selama empat hari tiga malam di Kuala Lumpur, Genting Highlands dan Melaka dari 18 hingga 21 Julai.

Lawatan suai kenal itu bertujuan untuk menjadi platform bagi TTAA untuk mewujudkan rangkaian dan hubungan bersama dengan Tourism Malaysia, selain mengumpulk­an pengetahua­n tentang kemas kini produk pelanconga­n di Malaysia untuk disebarkan kepada ahli dan pelanggan TTAA. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Nancy (tengah) menyampaik­an hadiah penghargaa­n kepada PresidenPe­rsatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n Thailand (TTAA) Charoen Wangananon­t (dua kanan) dalam Majlis Makan Malam Rangkaian dengan TTAA di sebuah hotel, dekat Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Nancy (tengah) menyampaik­an hadiah penghargaa­n kepada PresidenPe­rsatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n Thailand (TTAA) Charoen Wangananon­t (dua kanan) dalam Majlis Makan Malam Rangkaian dengan TTAA di sebuah hotel, dekat Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia