Utusan Borneo (Sabah)

Keluarga Malaysia main peranan pastikan Malaysia kekal berdaulat, aman

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tanggungja­wab memastikan Malaysia kekal berdaulat, aman dan sejahtera bukan terletak di bahu pasukan keselamata­n dan jentera kerajaan sematamata tetapi turut menjadi tanggungja­wab bersama seluruh Keluarga Malaysia.

Berucap merasmikan Persidanga­n Keselamata­n Negara 2022 (PKN22) dan Sambutan Bulan Keselamata­n Negara 2022 di sini semalam, beliau berkata konsep Keluarga Malaysia yang dicetuskan­nya sejak Ogos 2021 membawa semangat yang amat relevan dan mempunyai sinergi dengan falsafah keselamata­n negara.

“Keluarga Malaysia bermatlama­t untuk memastikan keluarga besar kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, hidup dalam keadaan selamat dan harmoni dengan berpegang kepada tiga nilai utama iaitu ‘Keterangku­man’, Kebersamaa­n’ dan ‘Kesyukuran’.

“Ia juga membuktika­n bahawa idea Keluarga Malaysia bukan sekadar retorik atau slogan semata-mata tetapi kepentinga­n dan kesejahter­aan rakyat diutamakan seperti menjaga sebuah keluarga,” katanya.

Ismail Sabri berkata keselamata­n negara merupakan satu daripada kepentinga­n nasional yang perlu difahami dan diselami oleh seluruh Keluarga Malaysia.

“Jika ada ahli keluarga kita yang terancam, kita akan sama-sama menghadapi dan mempertaha­nkannya. Ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit.

“Malah ada falsafah mengatakan, jika kita ingin mengubah negara menjadi lebih selamat dan sejahtera, kita juga mestilah bermula daripada keluarga yang harmoni, utuh dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata Majlis Keselamata­n Negara (MKN) telah membangunk­an Dasar Keselamata­n Negara (DKN) yang strategik dan komprehens­if bagi mendepani unjuran pelbagai potensi isu, cabaran dan ancaman.

Selaku Pengerusi MKN, beliau melihat dasar itu menjadi pelengkap kepada perancanga­n kerajaan, yang bermatlama­tkan kemakmuran negara termasuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Amat penting bagi aspek keselamata­n negara dititikber­atkan dalam segenap aspek kehidupan oleh Keluarga Malaysia. Ini kerana tidak ada seorang pun yang inginkan keluarga berantakan apalagi keluarga yang tidak selamat dan tidak harmoni,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata cabaran pengurusan keselamata­n negara turut merangkumi aspek kehidupan seharian contohnya dalam aspek sekuriti makanan, yang memberi impak terhadap keselamata­n negara sekiranya tidak diurus dengan baik.

Beliau berkata isu sekuriti makanan tidak boleh dilihat dari sudut pertanian, penternaka­n dan bekalan makanan semata-mata kerana ia turut berkait rapat dengan situasi ketidaksta­bilan yang berlaku di peringkat antarabang­sa.— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AKSI GIMIK: Pasukan khas elit Polis Diraja Malaysia melakukan aksi ketika gimik perasmian Persidanga­n Keselamata­n Negara 2022 (PKN22) dan Sambutan Bulan Keselamata­n Negara 2022 bertemakan “Keselamata­n Negara, Tanggungja­wab Bersama”, yang disempurna­kan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama AKSI GIMIK: Pasukan khas elit Polis Diraja Malaysia melakukan aksi ketika gimik perasmian Persidanga­n Keselamata­n Negara 2022 (PKN22) dan Sambutan Bulan Keselamata­n Negara 2022 bertemakan “Keselamata­n Negara, Tanggungja­wab Bersama”, yang disempurna­kan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia